Rahsia Kaya dan Berjaya Dunia dan Akhirat 

Kenapa Takaful Penting Untuk Kehidupan

Alhamdulillah, hari ni saya berkesempatan untuk becerita tentang kepentingan Takaful dalam kehidupan kita. Bila bercakap tentang Takaful, ramai yang cuba mengelak dan tidak ingin berbicara tentang Takaful walaupun hakikatnya Takaful adalah salah satu elemen yang penting dalam Perancangan Kewangan Islam. Dengan itu, saya ucapkan tahniah kepada anda kerana mengunjungi blog ini dan membaca tentang kepentingan takaful.

Kenapa Takaful penting dalam kehidupan kita? Di sini saya nak nyatakan terdapat 7 sebab yang boleh saya kongsikan tentang betapa pentingnya untuk setiap insan di muka bumi ini memerlukan Takaful.

7 Sebab Anda Perlukan Takaful

#1 – Sentiasa Wujud Musibah Di Dunia

Kehidupan kita di muka bumi ini tidak terkecuali daripada masalah.

Sematkan ayat ini sentiasa di fikiran kita.

Setiap apa yang kita lalui hari ini, adalah kurnian dan berkat daripada Allah, Tuhan yang mengawal sekalian alam. Allah juga yang berkehendak jika mahu berlakunya sesuatu musibah pada hamba-Nya.

Jalan terbaik untuk kita memperbesarkan kuasa-Nya adalah dengan persediaan yang rapi.

Di sini terletaknya kepentingan takaful. Kita melabur ke tempat yang dapat menyelamatkan diri daripada masalah dan malapetaka seperti:

  •  Kecurian.
  • Kebakaran.
  • Kemalangan.

 

#2 – Sistem Muamalat yang Untung

Ramai yang menyatakan sistem konvensional lebih menguntungkan berbanding Takaful.

Situasi ini semakin berjaya dicantas dari semasa ke semasa. Terutamanya selepas syarikat-syarikat Takaful mengumumkan peningkatan yang drastik, dari segi keuntungan.

Ini membuatkan kebanyakan individu berlainan agama turut berminat untuk menyertai Takaful.

takaful

 #3 – Sistem Bantuan Dianjurkan Agama

“Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan.” – Surah Al-Maidah Ayat 2

Dengan melaburkan sejumlah wang ke dalam Takaful, kita sebenarnya telah membuat keputusan untuk membantu orang ramai.

Membantu orang ramai adalah perbuatan yang dianjurkan dalam setiap agama, termasuk agama Islam.

Justeru itu, maksimumkan setiap aliran kewangan kita. Walaupun pelaburan kita sedikit untuk Takaful, namun sedikit itu adalah lebih baik daripada tiada langsung.

 

#4 – Memperkasakan Ekonomi Islam

Dalam pada kita membantu orang lain mengikut kaedah muamalat Islam, kita sebenarnya sedang berjuang untuk memperkasakan ekonomi Islam.

Bagi penganut agama Islam, ini adalah salah satu cara untuk menyatakan hasrat murni kita sebagai penganutnya.

Bagi agama lain, ini juga adalah salah satu daripada jalan untuk kita melihat keindahan dunia Islam, dari segi muamalatnya.

 

#5 – Setiap Risiko Berbeza Nilainya

Menerusi konsep perlindungan Takaful, setiap risiko harian yang kita tanggung, berbeza nilainya.

Sebagai contoh, nilai kerugian apabila berlakunya kemalangan lebih tinggi, berbanding kecurian kecil seperti kehilangan barang dan sebagainya.

Bagi mengelakkan diri kita daripada menanggung kerugian, Takaful dapat membantu dari sudut bantuan kewangan yang telah kita laburkan sebelum ini.

 

#6 – Waspada Dengan Musibah Harian

Setiap kali kita melakukan pelaburan Takaful, minda, hati dan akal kita akan memperingatkan diri tentang kekuasaan Allah yang sentiasa menguji hamba-Nya.

Semoga dengan pelaburan Takaful, kita sebagai hamba-Nya akan sentiasa mengingati kekuasaan-Nya, ketika susah dan senang dalam kehidupan di dunia ini.

 

#7 – Semakin Ramai, Semakin Kukuh

Sistem perlindungan Takaful menjadi lebih indah dan bermakna, apabila lebih ramai pelanggan melaburkan wang di tempat yang betul.

Formula untuk kesenangan dunia dan akhirat menerusi Takaful, adalah bernaung di bawah syarikat Takaful yang mempunyai jumlah pelanggan yang besar.

 

Selepas membaca 7 sebab ini, hati kita mungkin tergerak sedikit untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai syarikat Takaful, yang menawarkan servis yang terbaik untuk pelanggannya.

Justeru itu, saya menawarkan khidmat konsultansi percuma  untuk membantu anda dari segi pemahaman mengenai perancangan kewangan termasuk Takaful bagi anda mendapatkan manfaat terbaik untuk perlindungan Takaful.

Terima kasih.

 

 

 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
No Comments  comments 

Bila Patut Menyertai Perlindungan Takaful/ Insurans?

Beli insurance sejak kecil

 

APABILA menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya.

 

Menyedari pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.

 

PADA usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?

 

Seseorang boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik.

 

Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda?

 

Insurans penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga.

 

Apakah jenis insurans perlu diambil golongan muda?

 

Golongan muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka.

 

Produk menyerupai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta harta benda yang disayangi.

 

Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorang itu sebelum mereka membeli insurans?

 

Bakal pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans.

 

Ini penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka. Insurans ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat dan berkaitan pelaburan (investmentlinked), jadi peruntukan kewangan baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki insurans.

 

Bagaimana dengan konsep membeli insurans dalam masa sama membuat pelaburan? Adakah ia sesuai dengan golongan muda?

 

Ya, ia sesuai. Ini kerana insurans berkaitan pelaburan (investment-linked) adalah gabungan pelaburan dan perlindungan.

 

http://www.hmetro.com.my/articles/Beliinsuranssejakkecil/Article

 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
No Comments  comments 

Lindungi Hutang Dengan i-Great Teras

Produk Takaful GE Takaful Sdn Bhd

 

GREAT Eastern Takaful Sdn Bhd (GETSB) tampil dengan produk perlindungan asas untuk semua peringkat melalui i-Great Teras sekali gus menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 orang akan melanggannya menjelang 2013.

 

Ketua Pegawai Kewangannya, Zafri Ab Halim berkata, i-Great Teras adalah pelan yang mudah, mampu bayar dan mengandungi perlindungan asas terbaik di mana ia boleh didapati RM25 sebulan.

 

 

takaful

Sidang Akhabr semasa pelancaran produk i-great teras

 

Katanya, manfaat pelan takaful itu juga boleh digunakan untuk membantu melangsaikan hutang seperti pembiayaan perniagaan atau peribadi, hutang kad kredit, gadai janji dan pinjaman melanjutkan pelajaran.

 

“Melalui pelan ini juga, kami menjangkakan ia dapat menyumbang sekurang-kurangnya RM2 juta kepada jumlah pendapatan syarikat dan paling penting kita mahu semua masyarakat mendapat perlindungan tambahan dengan harga mampu milik.

 

 

“i-Great Teras ini sudah pun boleh didapati melalui perunding takaful kami, di mana sekarang terdapat 5,000 orang di seluruh negara dan kami merancang menambah bilangan perunding kepada 1,500 menjelang tahun depan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan i-Great Teras di Kuala Lumpur, semalam.

 

 

Menurutnya, i-Great Teras juga adalah pelan takaful keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang matang sehingga umur 70 tahun hari lahir berikutnya berserta manfaat perlindungan takaful keluarga dan 100 peratus daripada keuntungan pelaburan (jika ada) daripada Dana Tabarru’.

Takaful

 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
2 Comments  comments 

Program Derma Tabung Pendidikan Untuk Anak Yatim

Anak Yatim

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

 ” Jangan demikian, sebenarnya kata -kata kamu itu salah. Bahkan perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana kamu tidak memuliakan anak yatim, malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya.”

 ” Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin”

 Surah Al Fajr : 17 – 18 ( Tafsir pimpinan Rahman)

Ayat menguraikan penyakit jiwa yang melanda manusia penderita kemarau iman. Mereka ego dan hanya mementingkan diri mereka sendiri, dan tidak mempunyai belas kasihan. Mereka telah terkena virus penyakit pelik.Allah telah menganugerahkan mereka harta yang melimpah ruah, tetapi mereka tidak mau peduli dengan masyarakat sekeliling. Termasuk menolong anak yatim dan memperlakukannya dengan baik. Padahal Rasul SAW bersabda ” Rumah yang paling disukai oleh Allah adalah rumah yang memuliakan anak yatim“.

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan kelebihan kepada seorang Muslim yang membelanjakan sedikit daripada harta mereka kepada anak yatim. Besar ganjaran untuk mereka ini di hari akhirat nanti.

Kita mungkin pernah mendermakan duit kepada anak yatim sekali sekala, atau setahun sekali di kala hari raya. Tetapi mahukah anda dapatka saham besar di akhirat dengan mendermakan duit kepada anak yatim secara berterusan sehingga mereka tamat belajar di Universiti?

 Program Saham Akhirat Dengan  Menaja Anak Yatim Untuk Pendidikan.

Saham yang paling penting dalam kehidupan kita adalah Dengan memiliki Saham Akhirat. Bila kita memiliki saham ini, InsyaAllah, besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Disini, saya ingin berkongsi satu kaedah baru untuk anda menderma anak yatim @ menaja seramai mana anak yatim yang anda mahukan beserta perlindungan Takaful kepada mereka. Selain dari derma anak yatim, anda boleh juga menaja seorang anak didalam sebuah keluarga yang daif @ miskin.

Dengan pakej i Great Iqra, anda boleh mencarum untuk orang lain dan didalam konteks ini seorang anak yatim yang tiada kaitan keluarga dengan anda. Sehingga posting ini ditulis, inilah satu-satunya pelan Takaful yang membenarkan anda menaja @ membuat perlindungan Takaful untuk orang lain selain dari ahli keluarga anda.

Program ini  adalah program simpanan dimana apabila mereka mencapai umur 18 tahun dan bersedia untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi, mereka boleh menggunakan simpanan yang anda telah buat kepada mereka.

 Jadi, bagaimanakah program ini boleh dimanafaatkan untuk derma anak yatim?

Simpanan Jangka Masa Panjang Untuk Anak Yatim

Sebagai contoh; anda menyimpanan sebanyak RM100 sebulan untuk anak yatim yang anda taja. Caruman anda itu akan terus meningkat dan apabila anak yatim itu bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke IPT, mereka boleh mengeluarkan kesemua pelaburan anda itu untuk pendidikan mereka. Semestinya keuntungan pelaburan ini akan terus dimasukkan kedalam akaun anak yatim itu dan caruman serta keuntungan pelaburan anda itu akan meningkat dari masa kesemasa.

 

anak yatim

 Perlindungan Takaful Untuk Anak Yatim Tajaan Anda

Dengan pelan takaful  ini, anak yatim yang anda taja akan dilindungi daripada musibah yang tidak dijangka-jangka. Ini bermakna pelaburan ini bukan sahaja memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka dan juga akaun akhirat anda kerana menderma, ia juga memberikan perlindungan yang terbaik untuk mereka.Jika anda mencarum sebanyak RM 100 sebulan, jumlah pampasan yang akan diterima dari pelan takaful ini lebih dari RM 100,000.Sekiranya berlaku kematian kepada mereka, jumlah pampasan dan jumlah pelaburan akan terus diberikan kepada rumah anak yatim mereka. Dan secara automatik, anda telah mendermakan duit tambahan kepada rumah anak yatim setelah kematian orang yang anda taja. Perlindungan kewangan juga akan diberikan sekiranya berlaku Hilang Upaya Penuh dan Kekal (TPD) @ lumpuh kepada anak yatim tersebut.Ganjaran untuk Prestasi Anak Yatim Tajaan AndaInsentif berbentuk wang tunai juga turut diberikan dari pelan takaful untuk anak yatim tajaan anda ini. Sekiranya mereka berjaya meraih keputusan peperiksaan yang cemerlangdidalam peperiksaan, kami akan memberikan “reward” tambahan kepada mereka tanpa menyentuh pelaburan/simpanan anak yatim itu.

 

 

Dengan ganjaran seperti ini, anak yatim itu akan terus merasakan bahawa dirinya dihargai dan akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat reward yang seterusnya. Bayangkan impak positif yang akan dirasai oleh anak yatim itu apabila anda membuat pelaburan takaful ini.

Dengan ini anda bukan sahaja memastikan anak yatim tajaan anda dijamin dari sudut kewangan, anda juga memastikan keiinginan anak yatim ini untuk berjaya sangatlah tinggi. Bayangkan betapa besarnya saham akhirat anda dengan derma anak yatim yang telah anda lakukan ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Program Derma Berterusan untuk anak yatim ini, sila hubungi saya, Humaizi di talian 019-3726080.

Terima kasih

Anak Yatim

 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
No Comments  comments 

Pelaksanaan Hibah Untuk Produk Great Eastern Takaful

Hibah

Assalamualaikum,

Dalam posting kali ini, saya ingin share tentang pelaksanaan Hibah dalam Takaful.  Produk Takaful Keluarga Great Eastern Takaful memberikan satu kelainan kepada pengguna dari segi pemberian manfaat selepas kematian di mana orang Islam boleh memilih 3 options, iaitu dengan membuat nomination untuk memberikan hibah 100% daripada Sum Covered, ataupun, hanya menamakan trustee (pemegang amanah) sahaja, ataupun meletakkan kedua-dua iaitu trustee dan penama.

Hibah secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan (‘iwad).

Hibah di dalam konsep takaful dikenali sebagai hibah bersyarat di mana hibah akan dilaksanakan apabila peserta takaful telah meninggal dunia. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian secara faraid dan penerima hibah akan mendapat manfaat sepenuhnya wang pampasan yang dihibahkan kepadanya.

 

 

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah mengenai kelebihan meletakkan nominee sekaligus memberikan hibah kepada nominess atas sum covered. Untuk pengetahuan, Hibah hanya boleh diberikan ke atas sum covered sahaja, manakala duit dari akaun peserta (simpanan dan pelaburan) perlu dibahagikan secara Faraid.

Kenapa? Sebab simpanan+pelaburan adalah duit kepunyaan peserta dan apabila berlaku kematian, ianya perlu dibahagikan secara Faraid, manakalah, manfaat dari sum covered adalah hasil tabarru’ dari peserta dan apabila kematian, ianya adalah milik orang yang dinamakan sebagai penerima Hibah atau sekiranya tiada, kepada trustee.

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah. Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan  hibah ini. Sabda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari)

Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan  hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.  Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya”. (riwayat Al-Nasa’i)

Sabda Baginda SAW lagi:  ”Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya”. (riwayat Al-Nasa’i)

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful:

 

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah;

2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis  hibah yang digunakan ialah  hibah bersyarat di mana  hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.  Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa;

3.  Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana  hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (qabdh);

4. Peserta mempunyai hak membatalkan  hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang; dan 

5. Borang penamaan Takaful perlu diselaras dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.

 

Kepada Siapa Boleh Diberikan Hibah Untuk Produk GE Takaful?

Hibah  boleh diberi kepada sesiapa sahaja Termasuk orang bukan Islam. Sekiranya berlaku pertikaian kelak apabila kematian peserta, keluarga hanya layak untuk mendapat manfaat dari akaun simpanan + pelaburan peserta sahaja dan tidak dari manfaat sum covered kerana ianya telah diberikan hibah kepada penama.

 

Apa Keuntungan menggunakan system Hibah dalam Takaful?

Peserta boleh meletakkan nama Isteri sebagai nominee untuk menerima 100% dari sum covered tanpa akan ada pertikaian dari sanak saudara lain. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai hutang yang anda rasakan tidak tertanggung untuk dibayar semasa hidup, anda boleh membeli polisi takaful dari GE Takaful dan menamakan orang yang member hutang sebagai nominee untuk menerima hibah dari manfaat sum covered setelah ketiadaan anda.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :

”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.

Semoga kita semua membuat perancangan dari awal kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya ajal akan menjemput kita. Untuk mendatkan maklumat lanjut tentang pelaksaan hibah untuk produk Great Eastern Takaful, anda boleh hubungi saya, Humaizi di talian 0193726080

Hibah

 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
No Comments  comments 

Isu Modal Permulaan Syarikat Takaful dan Bank Islam

Takaful

Assalamualaikum…

Perbankan Islam dan Takaful mempunyai musuh dalam selimut…siapakah musuh tersebut? Ianya adalah dari kalangan orang Islam sendiri yang kononnya seorang yang dari sekolah Agama, Masuk Universiti Belajar Pengajian Agama..tetapi sebenarnya tidak pakar dalam Sistem Muamalah Islam..Ini lah yang saya ketemui sejak kebelakangan ini. Rata-rata mereka ini yang cetek ilmu tentang Sistem Muamalah Islam tidak senang melihat pertumbuhan Syarikat Takaful yang diasaskan oleh Syarikat Antarabangsa, seperti Prudential yang menubuhkan PruBSN dan Great Eastern yang mempunyai Syarikat Takaful sendiri, iaitu Great Eastern Takaful.

Persoalan yang sering dibangkitkan adalah, modal permulaaan untuk Syarikat PruBSN dan GE Takaful adalah Modal ‘Kotor’ jadi kenapa orang Islam perlu melibatkan diri dalam syarikat-syarikat tersebut? Ok, kepada mereka yang kononnya bijak pandai dalam agama, saya menyeru anda untuk membaca artikel dari pakar kewangan Islam, iaitu Dr Haji Zaharuddin Hj Abd Rahman. Dengan kata lain…berhati-hati sebelum mengeluarkan pendapat sendiri, kerana jika kita hanya bijak berbicara tanpa asas, lambat laun orang akan tahu juga kebodohan dan kecetekan pemikiran kita sebagai seorang Islam yang kononnya ingin berdakwah saudara Islam sendiri.

Adakah Modal Perbankan Islam Haram ?

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Dalam arus pesat pembangunan institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya, terdapat beberapa isu yang masih lagi dipertikaikan oleh masyarakat yang mana ia perlu ditangani segera oleh para ilmuwan Islam (Ulama). Antara isu yang kerap ditimbulkan adalah berkenaan modal permulaanbagi bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful, terutamanya yang berasal daripada syarikat induk beroreintasikan konvensional. Saya kerap mendengar, ramai yang mempersoalkan “kesucian” modal bank-bank Islam dan Takaful untuk permulaan perniagaan Islam. Ini menyebabkan mereka kerap bertanya : adakah Bank-bank Islam dan Takafuk benar-benar bersih dengan modal yang kotor?

Respon ringkas yang dapat saya berikan tehadap soalan ini adalah seperti berikut:

a) Wang itu sendiri adalah “tidak haram” dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi “haram” disebabkan oleh jalan untuk memperolehinya yang haram (tidak selari dengan kehendak Syariat). (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas Al-Baz, hlm 265).

b) Modal dan keuntungan asal yang didapati oleh syarikat induk kepada bank Islam bukan kesemuanya berasal daripada perniagaan yang haram. Sebahagiannya adalah datang daripada individu-individu dan organisasi-organisasi kerajaan dan swasta. Justeru, wang modal dari sumber yang halal telah bercampur dengan haram. Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa modal permulaan bagi bank-bank Islam dan Takaful telah disahkan bersih dan halal oleh syarikat induk.

Jika dilihat di sisi Shariah, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama, di mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim dari mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan Ibn Taimiyah menetapkan bahawa adalah harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram jika majoriti modal itu datang daripada sumber yang halal.

Imam Ibn Nujaim pula berkata: “Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatannya adalah halal, maka tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama mana tiada sebarang tanda yang jelas menunjukkan ia adalah haram. Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya adalah haram, maka tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali setelah disahkan kebersihannya(halal). (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair, hlm 125). Imam Ibn Quddamah pula berkata: “….Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu adalah daripada sumber/modal yang halal, maka ia adalah halal.” (Al-Mughni, 4/334)

Ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat bahawa adalah DIBENARKAN SECARA TOTAL untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian yang halal dalam modal tersebut adalah majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal, ms 116).

Dalil-dalil mereka amat banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19) :-

  1. Rasulullah SAW telah bertransaksi dengan para sahabatnya dari kalangan penduduk Mekah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak-puak Kafir. Tidak pernah di dengari sebarang tegahan Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka adalah dari sumber haram.
  2. Telah sabit bahawa Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah dari kalangan arab badwi yang syirik tatkala itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
  3. Semasa Nabi SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi dari kalangan penduduk Madinah dan arab-arab Badawi yang menghalalkan perkara-perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka adalah haram, sudah tentu baginda akan menegah dari awal lagi.
  4. Taqir (pengakuan) Nabi dengan membiarkan para sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah suatu dalil.
  5.  Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, sudah tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.
  6. Para sahabat Nabi juga berurusan dengan perompak-perompak Madinah di zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali, 2/164)
  7.  Jika muamalah seperti ini dihalang, sudah tentu keadaan yang amat sukar akan berlaku kerana di akhir zaman seperti ini, sememangnya amat sukar bagi mencari sesebuah syarikat yang 100 % halal pendapatannya ( Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas, hlm253 )

Oleh yang demikian, adalah tidak benar untuk mengklasifikasikan keseluruhan modal bank-bank konvensional sebagai haram dan tidak boleh digunakan sebagai modal permulaan bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful. Tidak dinafikan bahawa adalah menjadi suatu keperluan yang besar bagi pihak bank untuk memastikan bahawa hanya bahagian yang halal sahaja digunakan dan diasingkan khas untuk penubuhan Bank Islam, Takaful atau bahagian perbankan Islamnya.

Akan tetapi, jika masih terdapat sebahagian kecil/minoriti modal yang haram daripada jumlah keseluruhan modal digunakan sebagai modal permulaan bagi bank Islam, saya berpendapat bahawa ia boleh dianggap sebagai Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripada syarikat induk konvensional kepada anak syarikatnya. Berikutan itu, bank Islam bolehlah membersihkan modal yang ragu tadi dengan membayar kembali pinjaman itu selain menggunakan sebahagian keuntungannya untuk didermakan.

Jika anda berpandangan bahawa semua cara di atas adalah tidak dibenarkan juga, maka bagaimana mungkin sebuah bank atau syarikat konvensional beralih kepada sistem Islam tanpa bantuan modal atau kewangan yang mencukupi. Oleh itu, selari dengan Maqasid Shariah, ia harus dibenarkan bagi membolehkan proses pertukaran sistem konvensional kepada sistem Islam dialkukan, walaupun pada permulaannya sebahagian daripada modal yang jelas haram terpaksa digunakan untuk tujuan itu.

Selain itu, Ulama silam juga telah membincangkan berkenaan hukum menggunakan keuntungan yang didapati dari perniagaan halal, bagaimanapun modalnya adalah wang curi atau haram. Dalam hal ini, Imam Malik, Imam As-Shafie, Imam Abu Yusof dan Sheikh Zufar Huzayl bersetuju bahawa pencuri tersebut berhak mendapat bahagian keuntungan daripada pelaburannya walaupun modal asalnya adalah haram, tetapi ia wajib memulangkan kembali wang yang dicuri (wang yang digunakan sebagai modal perniagaannya atau pelaburannya) kepada yang berhak. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, 2/241; Rawdah at-Tolibin, An-Nawawi, 4/211; Al-Hawi, al-Mawardi, 7/337). Berdasarkan ijtihad ini, kita berpandangan bahawa bank Islam harus mengambil keuntungan daripada perniagaan/ pelaburan yang dijalankan walaupun pada modal yang digunakan untuk tujuan tersebut terdapat bahagian yang haram.

Isu ini harus difahami dengan jelas, terutamanya apabila kekeliruan mengenai perkara ini menyebabkan bank Islam dituduh sebagai tidak Islamik dan lebih buruk lagi, meletakkan bank Islam sama darjat dengan bank-bank konvensional.

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
25 September 2006

Takaful

 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
No Comments  comments 

Agent Takaful Dengan Great Eastern Takaful

Takaful

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ahamdulillah, ramai juga yang mengunjungi blog ini menghubungi saya bertanyakan tentang lebih lanjut tentang prosedur untuk menjadi seorang agent takaful dengan Great Eastern Takaful. Ramai juga yang bertanya, kenapa logo GE Takaful dalam business card saya tiada gambar singa tetapi gambar pelangi?

 

Untuk pengetahuan anda, saya mewakili Great Eastern Takaful Sdn Bhd dan bukannya Great Eastern Life Assurance Malaysia. Kedua-dua syarikat ini adalah dari dua entiti yang berbeza, di mana Great Eastern Takaful Sdn Bhd (GETsb) hanya memasarkan produk Takaful sahaja, manakala Great Eastern Life Assurance memasarkan produk Konvensional dan Produk Takaful. Dengan kata lain, saya dan rakan-rakan adalah GE Takaful Own Agency atau kami namakannya sebagai GOA.

Untuk pengetahuan anda, selain dari GE Life, ada beberapa syarikat Insurans lain yang membenarkan agent-agent mereka menjual produk Takaful setelah lulus exam Takaful Basic Examinations. Namun begitu, ada sedikit persoalan yang patut dibangkitkan bagi anda seorang Muslim yang ingin memperjuangkan ekonomi Islam, iaitu tentang kontrak agensi dengan Syarikat Insurans dan bukannya dengan sebuah syarikat takaful. Sebab itu baru-baru ini isu ini ada diutarakan oleh seorang agent prudential life di dalam Akhbar Harakah.

“Walaupun kami menjual produk Takaful sahaja dan komisen kami dibayar oleh PruBSN, tetapi segala ‘recognition’ yang kami terima contohnya percutian ke luar negara dan Star Club kami masih dibayar oleh Prudential. Ini menyebabkan kami masih mendapat wang hasil yang syubhah (untuk menggunakan istilah yang paling lembut) atau lebih tepat lagi, haram.”

“Disebabkan saya mempunyai dua lesen, agen-agen di bawah saya juga mempunyai dua lesen. Jadi, mereka bebas menjual produk sama ada Takaful atau konvensional. Apa yang saya risaukan ialah apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sekarang, saya mampu mendidik mereka dan mengawal mereka daripada menjual produk konvensional, tetapi apakah nasib sekiranya nanti agen saya terlalu ramai; atau saya sudah tiada.”

“Jika saya sudah berjaya menjadi pengurus nanti, selagi kod agen saya masih hidup saya akan mendapat ‘overriding’ daripada mereka juga. Maknanya, ada kemungkinan saya masih mendapat ‘overriding’ daripada agen bawahan saya yang menjual produk konvensional walaupun saya sudah masuk kubur! Saya bukan arif, tetapi saya teringat ayat hadis yang menyatakan setiap daging yang tumbuh daripada rezeki yang haram, maka nerakalah tempat paling sesuai baginya!”

http://rahsiakewangan.com/takaful/agen-prudential-dalam-dilema/ )

Jadi, isu sebegini harus dititik beratkan oleh anda yang berminat untuk menjadi agen takaful kerana dengan menyertai syarikat yang 100% memasarkan produk takaful, seperti GE Takaful Sdn Bhd, PruBSN Sdn Bhd, Takaful Ikhlas, MAA Takaful, anda hanya perlu lulus SATU exam sahaja, iaitu Takaful Basic Examination.

 

Sekiranya anda menyertai Syarikat Insurans Konvensional (Life Assurance), anda mungkin dibenarkan untuk menjual produk takaful, tetapi anda terlebih dahulu disyaratkan untuk lulus exam peperiksaan Prakontrak Untuk Ejen Insurans (Pre-Contract Examination for Insurance Agents) serta  peperiksaan The Certificate Examination in Investment-Linked Life Insurance (CEILI) yang mana mereka boleh menjual produk berkaitan pelaburan, selain menjual polisi insurans hayat.  Ejen yang lulus harus berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) bagi ejen insurans am dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) bagi ejen insurans hayat. Melalui cara ini mereka akan memperoleh lesen ejen yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan mereka.

Persoalannya, kenapa anda perlu menduduki 2 Exam lain, iaitu Pre Contract Exam for Insurance Agent dan CEILI sekiranya anda memang tiada langsung mempunyai niat untuk menjual produk konvensional? Bukankah niat kita memasarkan produk Takaful untuk meningkatkan Sistem Muamalah Islam, jadi adalah lebih baik kita hanya berdaftar dengan Syarikat Takaful 100% seperti GE Takaful, PruBSN, MAA Takaful, Takaful Ikhlas tanpa perlu mengikat komitmen dengan Syarikat Life Insurance?

Jadi, tepuk dada tanya Iman..anda tidak perlu susah-susah untuk sit for 3 exam untuk jadi agent Takaful… 1 Exam saja sudah mencukupi, iaitu Takaful Basic Examination. Kos lebih rendah (di dunia), dan yang pastinya, untuk jangka masa panjang, anda tidak perlu risau untuk menerima komisyen dari kumpulan anda yang mungkin tersasar dan tergoda untuk menjual produk konvesional.

Salam Ceria,
Humaizi, Unit Manager
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
019-3726080

 

Takaful

 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
1 Comment  comments 

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah

Insurans

Assalamualaikum..

Dewasa ini, masih ramai lagi orang Islam yang mempromosikan produk insurans konvesional, ataupun dengan kata lain, produk bukan berlandaskan Shariah kepada orang-orang awam. Agak menyedihkan kerana agent insurans Islam ini menggunakan alasan logik berasaskan akal dan bukannya kepada hukum Allah bagi menghalalkan tindakan mereka mempromosikan produk Insurans konvesional. Dalam posting kali ini, saya mengambi dari laman web http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvensional-menurut-perspektif-syariah berkenaan dengan Fatwa Mempromosikan Produk Insurans Konvesional. Semoga dengan paparan posting kali ini boleh menyedarkan sahabat-sahabat kita di luar sana tentang halal dan haram.

 Keputusan:

 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

 

Keputusan (English):

The Ruling on Promoting Conventional Products From Shariah Perspective

Decision:

The 89th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 14th -16th December 2009 has discussed the ruling on promoting conventional products from Shariah perspective. The Conference observed that Syariah based Takaful system is growing rapidly. This product needs support from Muslims to further develop the system of Islamic muamalat. Therefore, Muslims are prohibited from promoting conventional insurance products that are based on usury. However, income and commission gained during the transition period from the is conventional system to takaful acceptable.

 

Keterangan/Hujah:

Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.

Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.

Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :

” ما حرم أخذه حرم إعطأوه “

Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.

Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.

Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.

 Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.

Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.

Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.

 Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.

Insurans

 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
No Comments  comments 

Agent Takaful Perlu Ikhlas Dan Jujur

Takaful

Assalamualaikum,

Hari ini, 31 Mac 2012, saya ‘bertugas’ di booth Great Eastern Takaful di PWTC sempena career fair. Ini adalah kali pertama saya menyertai booth secara fizikal untuk buat recruitment agent, kerana saya sebelum ini membuka booth secara Maya 24 jam di internet.  Agak mencabar dan memenatkan sebab kita berkomunikasi dengan bakal prospek yang datang ke pameran untuk mencari pekerjaan dan bukannya membina perniagaaan dengan menjadi seorang Usahawan Takaful.

Bukan niat saya untuk komen lebih lanjut dalam posting kali ini berkenaan dengan booth secara fizikal dan alam maya, tetapi perbincangan saya dan rakan-rakan seperjuangan mendapati bahawa layanan orang ramai terhadap agent takaful atau insuras amat mendukacitakan.

Persoalannya..salah siapa? Saya meletakkan kesalah ini 100% ke atas Agent Takaful atau insurans kerana prospek perlukan seorang yang betul-betul ikhlas ingin membantu mereka di kala susah, bukannya seorang yang hanya inginkan komisyen saja!

ok, untuk posting kali ini, saya ingin tunjukkan sebuah TV komersial di atas menunjukkan 3 segmen iklan bagaimana seorang ejen insurans/ takaful dilayan oleh prospek yang cuba diapproach olehnya.

Segmen 1

Segmen 1 menunjukkan yang ejen insurans ni berjumpa dengan prospek semata-mata nak menjual insurans. Padahnya, dia kena reject dan dia dianggap sebagai lipas yang menjijikkan. Kesian kan?

Segmen 2

Ejen tu cuba membantu prospek tapi masih ada niat nak jual produk insuransnya. Akhirnya dengan niat yang tak betul, kena jugak reject dan masih dianggap lipas. Double kesian.

Segmen 3

Dalam segmen ketiga, akhirnya ejen insurans tu benar-benar jujur untuk membantu prospek tanpa ada niat yang lain. Akhirnya, prospek itu sendiri dapat melihat keikhlasan yang ditunjukkan oleh ejen insurans itu lalu dia dengan rela hati nak membeli insurans daripada ejen tersebut. Yang paling penting, ejen insurans tu sudah tidak dianggap sebagai lipas yang menjijikkan lagi.

Jadi, fikir-fikirkanlah..tak kira la apa tanggapan masayarkat terhadap kerjaya seoramg agent takaful, sekiranya kita ikhlas membantu, pasti Allah akan berikan ganjaran yang lebih hebat kepada pelanggan kita. InsyaAllah.

Takaful

 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
No Comments  comments 

Medical Card Takaful dari GE Takaful

Medical Card Takaful

Ramai yang telah menyedari tentang kepentingan memiliki produk Takaful berbanding Insurans Konvensional. Seperti yang saya nyatakan dalam posting sebelum ini, produk insurans konvensional adalah haram kerana ianya berasaskan kontrak dan mempunyai unsur Riba, Judi serta Ketidaktentuan dalam kontrak tersebut. Saya tidak mahu huraikan lebih lanjut mengenai hukum insurans konvensional di sini, tetapi saya ingin kongsikan kelebihan Medical Card Takaful dari Great Eastern Takaful.

Sekiranya anda adalah seorang yang inginkan produk yang Halal dan berlandaskan Syariah, semestinya anda akan mencari Medical Card Takaful daripada syarikat takaful di Malaysia. Antara Medical Card Takaful yang agak femes dan sering meniti dari bibir ke bibir adalah Pru BSN dan MAA Takaful. Jadi, apabila disebut Medical Card Takaful dari Great Eastern Takaful, ramai yang ingin mengetahui, apa hebatnya Medical Card Takaful dari GE Takaful? Dalam posting kali ini, saya tidak ingin membuat comparison dengan pengendali Takaful yang saya nyatakan tadi, tetapi saya akan sertakan brochure Medical Card Takaful daripada syarikat-syarikat tersebut. Sehubungan dengan itu, anda boleh membuat perbandingan sendiri yang manakah menawarkan Medical Card Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda dan keluarga.

Apakah kelebihan Medical Card Takaful oleh Great Eastern Takaful?

Kos Tabarru’ yang murah dan berpatutan

Pada pandangan saya, ini adalah faktor pertama yang patut diambil kira oleh pelanggan. Tabarru’ adalah kos sebenar yang perlu dibayar oleh peserta takaful untuk melindungi diri beliau bagi tujuan perubatan. Di sini saya sertakan jadual Tabarru’ Tahunan Medical Card Takaful GE Takaful. Sebagai contoh, peserta lelaki yang berumur 31 tahun mengambil Room and Board bernilai RM200 sehari, Tabarru’ yang perlu dibayar adalah sebanyak RM462 setahun/ atau RM38.50 sebulan.

Sekiranya anda ingin mengetahui Jadual Tabarru’ untuk MAA Takaful Medical, sila KLIK Di SINI.  Untuk mengetahui PruBSN Medical Card Takaful, sila KLIK di SINI.

Had Tahunan Yang Tinggi.

Sekiranya anda mengambil i-Medic 200, had tahunan adalah RM120,000. Adalah penting untuk mendapatkan had tahunan yang tinggi, dan medical card takaful akan defeat the purpose sekiranya mempunyai tiada had seumur hidup tetapi had tahunan yang rendah. Sekiranya peserta tidak menggunakan Medical Card Takaful, had tahunan akan meningkat sebanyak 10% dari had tahunan asal pada akhir setiap 3 tahun sijil jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh 3 tahun. Berdasarkan contoh i-M200, had tahunan asal adalah RM120,000 akan bertambah kepada RM132,000 untuk tiga tahun berikutnya dan sekiranya tiada tuntutan dibuat, akan bertambah lagi kepada RM144,000 setahun untuk tahun ketiga berikutnya.

Ujian Diagnosis dan Rundingan Pakar Sebelum Kemasukan Wad

Medical Card Takaful oleh GE Takaful juga akan membayar kos Ujian Diagnosis dan rundingan pakar sebelum kemasukan hospital dalam tempoh 60 hari sebelum. Selepas keluar dari hospital, Medical Card Takaful GE akan membayar kos rundingan pakar dalam tempoh 90 hari selepas keluar hospital.

Pemindahan Organ

Melainkan peserta mendermakan organ beliau kepada orang lain, kos ini tidak akan ditanggung. Sekiranya pemindahan organ disebabkan oleh sakit yang dialami, kos pemindahan (bukan kos organ) akan ditanggung tertakluk kepada had tahunan.

Rawatan Kanser / Dialisis Buah Pinggang

Ini adalah satu faktor penting yang perlu diambil kira dalam menentukan pilihan Medical Card Takaful. Kos dialisis serta rawatan kanser pesakit luar ditanggung oleh Great Eastern Takaful mengikut had tahunan. Ianya amat menuntungkan kerana ada pengendali takaful yang meletakkan fixed amount yang rendah untuk kos dialisis dan rawatan kanser pesakit luar!

Perlindungan sehingga umur 80 tahun.

Purata umur rakyat Malaysia adalah di antara 70-75 tahun. Pelan Medical Card Takaful dari GE Takaful melindungi sehingga umur 80 tahun! Sudah lebih dari cukup kan?

Keuntungan Pelaburan dengan lebihan penunderaitan

Sekiranya terdapat lebihan pengunderaitan, ianya akan dikongsi antara peserta-peserta dan pengendali takaful dengan nisbah 50:50. Bahagian lebihan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Peserta. 100% daripada keuntungan pelaburan dari dana Tabarru’ akan dikreditkan semula ke akaun peserta.

Co-Takaful yang Rendah dengan Had Tahunan Yang tinggi

Medical Card Takaful GE Takaful mempunyai co-takaful sebanyak 10% atau maksimum RM500. Tiada nilai minimum untuk co-takaful. Sekiranya kos kemasukan wad dan perubatan adalah RM100k, jumlah co-takaful hanya RM500 sahaja, dan sekiranya kos perubatan RM10k, co-takaful adalah RM100 sahaja kerana ianya tidak mempunyai nilai minimum. Ada syarikat yang tidak mengenakan co-takaful untuk medical card mereka, tetapi, ada kekurangan lain yang anda perlu tahu, iaitu had tahunan yang jauh lebih rendah dari Medical Card GE Takaful serta kos tabarru’ yang amat tinggi!

Ini adalah beberapa kelebihan Medical Card Takaful dari GE Takaful. Banyak lagi kelebihan yang bakal diperolehi oleh peserta takaful. Saya akan share dengan anda secara personal untuk memastikan anda mendapat Medical card takaful yang terbaik dan sesuai untuk keperluan satu keluarga. Hubungi saya, Humaizi 019-3726080 untuk dapatkan khidmat nasihat berkenaan dengan Medical Card Takaful.

 

Salam Ceria,
Humaizi
0193726080
humaizi@ahmadhumaizi.com

Medical Card Takaful

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
9 Comments  comments