Penggunaan Kad Kredit RM229.5 juta Untuk 3 Hari

Salam,

Fakta yang amat menakutkan..tapi bagi setengah orang..aku peduli apa….kad kredit kan memberi kebebasan untuk berbelanja? ada setengah memang ada niat untuk bayar balik di penghujung bulan, tapi ada yang tak berdisiplin..dapat gaji hujung bulan..buat benda lain..tup.tup..dah tertangguh hutang kad kredit.

Hari ini saya nak memetik laporan daripada Harian Metro berkenaan dengan penggunaan kad kredit di Malaysia dalam masa 3 hari..mencecah RM229.5 juta..

Kad Kredit

Ramai yang tidak tahu urus hutang kad kredit..berhati-hati apabila anda 'swipe' kad kredit..

SEJUMLAH 909,518 urus niaga bernilai RM229.5 juta (AS$76.5 juta) dilakukan oleh pemegang kad MasterCard dari Malaysia dan luar negara pada hujung minggu pertama Karnival Jualan Mega 1Malaysia (1MMSC) dari 17 hingga 19 Jun lalu.

Naib Presiden dan Pengurus Negara Kanan Mastercard Worldwide Inc, Jim Cheah berkata, jumlah itu meningkat sebanyak RM6.9 juta (AS$2.3 juta) berbanding RM222.6 juta (AS$74.2 juta) yang dibelanjakan pada hujung minggu pertama karnival jualan tahun lalu bagi tempoh dari 30 Julai hingga 1 Ogos. Beliau berkata, perbelanjaan pemegang kad Malaysia meningkat kepada RM205.2 juta (AS$68.4 juta) daripada RM201.3 juta (AS$67.1 juta) sebelumnya dengan 854,776 urus niaga dilakukan.

Katanya, perbelanjaan pemegang kad dari luar negara pula meningkat sebanyak 14 peratus kepada RM24.3 juta (AS$8.1 juta) daripada RM21.3 juta (AS$7.1 juta) dengan sejumlah 54,742 urus niaga.

“Data perbelanjaan yang menggalakkan daripada hujung minggu pertama jualan mega ini mencerminkan prospek positif status ekonomi Malaysia sekarang,” katanya. –

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...