Adakah Kita Hamba Harta?

Ada insan yang menghambakan dirinya kepada harta sebagaimana firman Allah, maksudnya: “Iaitu orang yang hidupnya hanya mengumpul dan menghitung harta. Dia mennyangka bahawa hartanya akan menyebabkan dia kekal di dunia ini.” (Surah al-Humazah 104: 2-3)

Segala urusan dalam hidupnya sama ada siang dan malam semata-mata untuk menambah-kan harta. Dia sanggup me-ninggalkan keluarga bahkan mengabaikan tuntutan agama seperti solat dan hukum-hakam berkaitan mencari harta semata-mata untuk harta. Walaupun tidak diungkap, seolah-olah syiar dalamnya ialah: “Sesungguhnya hidupku, matiku dan segala amalanku adalah untukmu; wahai harta!”

Harta Kekayaan

Keadaan lebih menghairankan apabila mendapati dirinya telah memiliki aset yang bernilai jutaan ringgit tetapi masih terus fakir dan mengharap agar hartanya bertambah lebih banyak. Inilah hamba harta! Dia bukanlah orang kaya yang hakiki, tetapi sebenarnya sangat hina pada penilaian Allah kerana terlalu gembira dengan nikmat, lalu melupai Pemberi nikmat.

Berikut antara bait-bait syair Imam al-Syafi’i yang menarik untuk diteliti:

“Sekiranya kalian memiliki hati yang bersifat qanaah (berpada-pada),maka kalian sebenarnya sama seperti orang yang memiliki seluruh isi dunia ini.”

Beliau memuji sifat qanaah yang merupakan kemuncak kekayaan jiwa seseorang iaitu berasa cukup dan reda dengan setiap pemberian Allah sehingga seolah-olah dia sama seperti orang yang memiliki segala-gala kemewahan di dunia ini.

 Jika Kita Berharta, Siapakah Kita?

Manusia yang mengorbankan hartanya terbahagi kepada tiga golongan:

 1. Mengorbankan seluruh atau sebahagian besar harta

Inilah golongan para sahabat terutama Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman darl Iain-Iain. Mereka sangat yakin terhadap janji Allah tanpa menyimpan apa-apa pun daripada harta tersebut untuk diri dan keluarganya.

Apabila ditanya kepada Sayidina Abu Bakar tentang harta yang masih ditinggalkan untuk diri dan keluarganya, beliau menjawab: “Aku meninggalkan hanya Allah dan Rasul-Nya.”

 2 Menyimpan dan mengeluarkan harta ke jalan Allah

Golongan ini berusaha menyimpan dan menggunakan harta sekadar keperluan, tidak bermewah mewah dan membelakannya ke jalan Allah apabila tiba masa dan keadaan.

 Untuk mendapat cinta Allah, mereka berpendapat tidak memadai dengam mengeluarkan zakat yang wajib, tetapi juga membelanjakan di jalan fardu kifayahdan sunat.

 Fardu kifayah tersebut ditunaikan dengan membantu fakir, miskin dan golongan yang melarat dan sangat terdesak. Mereka tidak akan memberi harta secara pinjaman, bahkan akan diberikan secara percuma kepada golongan yang memerlukan.

 3 Mengeluarkan harta untuk ibadah zakat wajib sahaja

 Inilah tahap manusia terendah. Cinta mereka kepada Allah hanya sekadarnya, lalu pengorbanan mereka “biasa-biasa” sahaja, bahkan membelanjakan harta di jalan Allah setakat yang wajib.

Walaupun begitu, tahap ini sudah dikira baik pada zaman ini. Jika dibandingkan dengan zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat dan salafussoleh, golongan ini masih dalam kategori “low class”dalam ukuran cinta kepada Allah. Hayati kata-kata Imam al-Ghazali:

“Cinta mereka kepada Allah dan hari  akhirat masih sangat lemah.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Konsep Harta Dalam Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current month ye@r day *