Bagaimana Untuk Memilih Medical Card Terbaik?

Medical Card

Masyarakat kini telah menyedari tentang kepentingan dan keperluan  terhadap Medical Card sebagai salah satu aspek penting dalam perancangan kewangan. Memiliki Medical Card adalah sama pentingnya seperti memiliki Insurans Kenderaan Motor, Insurans Kebakaran Rumah serta MRTA atau Mortgage Reducing Terms Assurance. Yang menjadi perbezaanya, Medical Card tidak diwajibkan oleh pihak Bank kerana mereka tiada kepentingan ke atas diri kita, tetapi berlainan dengan insurans kereta, rumah dan kebakaran rumah, mereka mempunyai kepentingan terhadap harta yang diberi pinjaman oleh mereka.

Jadi, siapa yang berkepentingan terhadap diri kita? Tiada orang lain lagi yang berkepentingan melainkan diri kita sendiri serta orang terdekat, seperti isteri dan anak-anak. Sekiranya kita ditimpa sakit, pastinya isteri dan anak-anak serta simpanan wang kita yang sedia ada terpaksa ‘menanggung’ kos perubatan. Namun, dengan adanya Medical Card, ianya akan tanggung oleh Syarikat Takaful atau Insurans.

Dengan itu, kesedaran ramai tentang penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan yang sihat sahaja sudah tidak mencukupi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada punca penyakit . Faktor keturunan, racun tersembunyi yang terdapat di dalam bahan mentah, jenis kerja, aktiviti sosial dan persekitaran menyumbang kepada masalah ini.

Justeru kita bukan sahaja perlu MENJAGA kesihatan tetapi juga MELINDUNGI kesihatan yang kita miliki agar tiada bebanan terutamanya dari segi kewangan. Kenaikan kos rawatan yang dianggarkan mencecah sehingga 15% setiap tahun juga amat membimbangkan.

 

Terdapat banyak syarikat takaful yang menawarkan medical card pada hari ini dan setiap konsultan syarikat terbabit mendakwa medical card mereka adalah yang terbaik. Bagaimana nak pilih Medical Card yang terbaik?

Dalam entri kali ini, saya nak bincangkan tentang dua jenis medical card yang berada di pasaran iaitu “Stand Alone Medical Card” dan “Attachment Rider Medical Card for Investment Link Plan”. Semua manfaat perlindungan untuk kedua-dua jenis kad perubatan ini adalah serupa tetapi tidak sama, iaitu  terdapat beberapa perbezaan daripada sudut tertentu:

 

Stand Alone Medical Card

Apa yang dimaksudkan standalone Medical Card adalah Medical Card yang diambil tanpa sebarang rider yang lain. Namun begitu, ada juga Standalone Medical Card Plus yang mengandungi rider lain, contohnya sekiranya anda menhidap penyakit kritikal atau total permanent disablement, anda tidak lagi perlu untuk meneruskan pembayaran sumbangan untuk Medical Card Tersebut.

Siapa yang Perlu Memilih “Stand Alone” Medical Card?

  • Orang Yang Mencari Kos  Yang Murah

Dengan hanya serendah RM50 sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan individu.  Kos sebenar bergantung kepada umur peserta serta pelan yang dipilih. Namun begitu, kos yang murah untuk medical card standalone ini adalah  untuk peringkat permulaan sahaja, kerana setiap 5 tahun kos Medical Card akan bertambah, jadi anda perlu tambah jumlah caruman . Dengan itu, buat perancangan kewangan dan bincang dengan agent takaful berapakah kos sebenar stand alone medical card sehingga anda berumur 80 tahun (saya memilih 80 tahun kerana purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 71 bagi lelaki dan 75 bagi wanita).

  • Anda Telah Mempunai Polisi Takaful Tetapi Tiada Medical Card.

Sekiranya anda telah mempunyai polisi Takaful atau Insurans tetapi belum ada perlindungan medical card, anda boleh memilih pelan Stand Alone Medical Card.

 

Terdapat beberapa aspek yang perlu diketahui jika anda memilih pelan Stand alone medical card:

a. Jumlah bayaran (sumbangan) anda akan meningkat mengikut julat peningkatan umur anda. Ini kerana faktor risiko; semakin meningkat usia seseorang itu, semakin tinggi risiko mereka. Ini bermakna “murah” itu bersifat sementara (jika itu yang anda harapkan).

Anda perlu menganalisa berapa lama anda inginkan perlindungan perubatan ini? Bagi saya, sepanjang hayat selagi nyawa dikandung badan sebagai persediaan perubatan. Justeru anda perlu tahu kos kad perubatan anda seiring peningkatan usia anda terutama selepas anda pencen nanti. Mampukah anda menampung kenaikan kadar bayaran kad perubatan ini nanti?

b. Pastikan pembayaran sumbangan dibuat mengikut waktu yang ditetapkan. Ini kerana kad ini akan automatik mati “lapsed” jika tiada pembayaran dibuat dalam selang masa tertentu (biasanya antara 30-45 hari).

Masalah wujud jika peserta tidak sedar tiada pembayaran dilakukan terutama jika menggunakan khidmat pemotongan akaun atau kad kredit. Jika sijil anda telah luput “lapsed”. Anda perlu isytihar kesihatan anda semula dan sebarang penyakit sedia ada tidak akan dilindungi seperti ketika anda sertai dahulu. Ini amat merugikan malah lagi parah jika penyakit yang anda miliki sudah tidak diterima lagi.

 

Pelan Attachment Rider Medical Card

Pelan Medical Card ini adalah pelan tambahan kepada pelan Takaful Hayat jenis pelaburan “Investment Link”. Kelebihan pelan ini adalah ia memiliki mekanisma pelaburan di mana simpanan anda akan meningkat dari semasa ke semasa. Ini akan menyebabkan akaun anda memiliki dana untuk menampung setiap kenaikan caj “tabarru” perlindungan perubatan tadi.

Justeru kadar sumbangan anda akan kekal walaupun kos Medical Card meningkat mengikut umur anda. Malah biasanya pelan ini juga jauh lebih murah cajnya “tabarru” berbanding pelan “stand alone”. Di samping itu, peserta juga boleh memilih untuk menambah manfaat perlindungan tambahan di dalam sijil yang sama seperti elaun harian hospital, kemalangan, penyakit kritikal dan sebagainya. Namun jika kewangan anda terhad, memadai jika anda memilih kad perubatan sahaja dulu.

Apakah faktor yang perlu anda Pertimbangkan sebelum mengambil Medical Card Rider Kepada Investment Link Takaful?

a. Had Bilik & Penginapan Hospital– Anda perlu tentukan kos bilik Hospital di kawasan anda. Boleh cek di laman web hospital, berapakah kos harga untuk Room and Board Single Room, Double and Triple. Jadi anda tentukan samada anda ingin memilih pelan Medical Card untuk Room and Board 100, 200, 300, 500 atau lebih lagi.

b. Co-Payment Takaful . Ada syarikat yang mempunyai co-insurans atau co-takaful sebanyak 10% limit kepada RM500 atau RM1000. Ada juga yang tiada co-takaful langsung. Namun pastinya underwriter Takaful telah bijak menyusun strategi, kalau tiada co-takaful, mereka akan lebihkan kepada caj Tabarru’, kurangkan limit tahunan Medical Card, kos rawatan susulan cancer serta hemodialisis dan sebagainya. Jadi, Anda tentukan sendiri selepas berbincang dengan agent takaful, mana lebih baik untuk anda.

c. Had Tahunan dan had seumur hidup adalah salah satu factor yang patut anda pertimbangkan untuk menentukan medical card terbaik untuk anda dan keluarga.

d. Had Umur. Maksu saya di sini adlah tempoh maksimum perlindungan. Ada syarikat yang menawarkan had maksimum 70 tahun, 80 tahun, 85 tahun, 99 tahun. Bukanlah bermakna mengambil had umur sehingga 99 yang terbaik, kerana makin berusia, makin meningkat kos perubatan. Jadi, anda boleh memilih pelan yang secara logiknya berapakah average jangka hayat rakyat Malaysia. Saya sarankan pelan sehingga umur 80 tahun sudah mencukupi.

 

Pelan Medical Card Manakah yang terbaik Untuk Saya dan keluarga?

Saya harap  dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memilih Medical Card yang sesuai untuk keperluan anda dan keluarga. Pelan takaful anda tidak akan lengkap jika sekiranya anda hanya memiliki kad perubatan tanpa mengambil pelan takaful hayat. Kad perubatan hanya menyediakan manfaat bayaran bil-bil perubatan dan manfaat khairat kematian sahaja. Anda perlu mengambil pelan Takafulink yang menyediakan manfaat pampasan kematian dan hilang upaya kekal. Di samping itu, anda juga akan mendapat manfaat-manfaat tambahan yang lain berdasarkan keperluan anda. Dengan kata lain, anda perlu melindungi keluarga anda yang mempunyai kepetingan terhadap diri anda (melebihi kepentingan Bank ke atas kereta atau rumah anda) sekiranya berlaku kematiaan, kecelakaan, kecacatan ataupun anda disahkan mengalami penyakit kritikal.

Saya amat berharap perkongsian ini dapat member manfaaat, dan saya amat berbesar hati untuk memberikan khidmat nasihat yang terbaik secara percuma untuk anda bagi membuat keputusan untuk memilih Medical Card yang memenuhi keperluan anda dan keluarga. InsyaAllah.

Humaizi
Unit Manager, Great Eastern Takaful
019-3726080

Medical Card

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...