Co-Takaful Medical Card Yang Membebankan?

Medical Card

Alhamdulillah, kesedaran orang Islam tentang kepentingan memiliki medical card agak tinggi sekarang ini. Memandangkan kebanyakan posting blog www.rahsiakewangan.com mendapat banyak ranking first page google untuk keywords, kad hospital, kad perubatan serta medical cara, ramai sahabat-sahabat yang mendapatkan khidmat nasihat berkenaan dengan medical card.

Apabila berjumpa dengan prospek Medical Card, ramai yang membandingkan pakej medical card Great Eastern Takaful dengan Takaful provider lain yang tidak mempunyai co-takaful. Lebih malang lagi, agent takaful tersebut mendakawa produk Medical Card mereka adalah yang terbaik kerana tidak mempunyai co-takaful.

Apakah sebenarnya co-takaful? Co-takaful adalah sharing cost diantara syarikat takaful dan peserta takaful. Untuk peserta Great Eastern Takaful, Co- Takaful yang dikenakan adalah sebanyak 10% dan MAKSIMUM sebanyak RM500. Sekiranya bil hospital anda sebanyak RM100,000 , co-takaful yang perlu dibayar adalah hanya RM500 dan bukannya RM10,000.

 

Adakah dengan mengenakan Co-Takaful akan membebankan peserta takaful? Dari pandangan mata kasar, memang ianya tampak membebankan, sebab peserta terpaksa membayar kos sehingga 10% atau Maksimum RM500 untuk rawatan perubatan. Namun begitu, kita perlu tengok apa kelebihan lain yang ditawarkan oleh syarikat Takaful yang mempunyai co-takaful berbanding dengan syarikat yang tiada co-takaful.

Sebagai contoh, pelan Takaful M, tidak mempunyai co-takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 manakala Had Seumur Hidup adalah RM150,000. Bayangkan kos rawatan anda pada tahun tersebut adalah RM70,000, anda terpaksa top-up RM20k dek kerana pada awalnya ingin berjimat kerana tidak ingin membayar co-takaful.

Berbanding dengan Great Eastern Takaful, walaupun mengenakan Co-Takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM90,000 dan Had Seumur Hidup adalah RM720,000. Apa yang menarik lagi, Had Tahunan Medical Card Great Eastern Takaful akan meningkat setiap 3 tahun sebanyak RM9,000 secara percuma (jika tiada penggunaan). Pastinya mengikut kos perubatan semasa.

Pastinya manfaat ini yang saya kagumi, Had tahunan akan meningkat setiap 3 tahun 10% daripada had tahunan jika tiada tuntutan. Contoh:-

Tahun 1-3 Had tahunan RM90,000
Tahun 4-6 Had tahunan RM99,000
Tahun 7-9 Had tahunan RM108,000
Tahun 10 ada tuntutan (masuk hospital)
Tahun 10-12 Had tahunan RM108,000
Tahun 13-15 Had tahunan RM117,000
Kenaikan secara percuma…

Sebenarnya banyak lagi perbandingan ketara di antara Great Eastern Takaful dan medical card dari syarikat Takaful yang lain, di mana saya tidak boleh paparkan secara terangan di sini kerana ianya melanggar etika perniagaan takaful. Sekiranya anda benar-benar concern tentang kos medical yang meningkat setiap tahun, hubungi saya sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tetapi berguna dan bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Humaizi
019-3726080

Medical Card

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...