Kad Perubatan Penting Sangat Ke?

Kad Perubatan

Di saat anda ditimpa musibah. Anda sudah semestinya memerlukan rawatan yang sempurna. Bagaimana jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi? Bagaimana dengan kos rawatan anda? Siapa yang akan menanggung kos rawatan tersebut? Anda perlu fikirkan masalah ini…

Anda akan mula terjabak dengan perangkap hutang jika anda tidak memulakan langklah bijak sekarang. Dengan itu, anda perlukan pertolongan Kad Perubatan yang atau medical card.

Apakah Itu Kad Perubatan @ Medical Card?

Kad Perubatan Merupakan Satu Medium Di Mana Membolehkan Anda Mendapatkan Rawatan Terbaik Di Hospital Swasta Selain Di Hospital Kerajaan. Kad Perubatan Akan Membantu Menyelesaikan Bil Hospital Anda Yang Besar.

 

Dengan itu, kad perubatan memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta secara cashless. Anda juga boleh menyimpan wang sendiri untuk perubatan dan kenapa perlu kad perubatan? Jika anda simpan RM200 sebulan. Bila simpanan anda akan menjadi RM500,000? Anda perlukan 208 tahun!

Manfaat Pelan Kad Perubatan

Manfaat Hospital & Pembedahan atau lebih popular dipanggil manfaat perubatan atau Kad Perubatan dikalangan orang ramai.

Manfaat ini menawarkan penyelesaian kos perubatan kepada setiap peserta yang menyertainya. Pada ketika ini, boleh dikatakan semua syarikat Insuran dan Takaful menawarkan manfaat ini dan anda sepatutnya tidak terburu buru menyertainya. Anda perlu menila tahap kemampuan anda, keperluan anda dan kesanggupan anda untuk membuat sumbangan pada setiap bulan untuk jangkamasa yang agak panjang.

Jika anda merupakan kakitangan yang telah ditawarkan dengan manfaat ini, saya mencadangkan anda tidak menyertainya buat masa ini dan jika anda merupakan seorang usahawan atau peniaga anda seharusnya menertai manfaat ini sekarang juga.

Namun begitu, jika anda seorang pekerja merancang untuk bertukar-tukar kerja sehingga umur persaraan nanti, adalah disarankan anda mengambil Kad Perubatan kerana anda tidak akan mengetahui apakah in-kind benefits yang akan ditawarkan oleh Majikan baru seterusnya.

Selain daripada itu, mengambil Kad Perubatan di awal usia jauh lebih murah daripada anda mengambilnya di lewat usia. Dan sekiranya anda telah disahkan berpenyakit risiko tinggi, tiada lagi syarikat takaful dan Insurans akan mengambil risiko untuk menerima permohonan Kad Perubatan tersebut.

Cashless Bila Masuk  Hospital?

Dengan adanya manfaat kad perubatan, Kos perubatan anda akan ditanggung oleh pengendali takaful. Pengendali takaful tidak akan mengangung sepenuhnya kos perubatan tersebut. selalunya syarikat pengendali hanya menanggung 90% dari kos yang dikenakan kepada peserta dan peserta perlu membayar 10% dari kos tersebut. Great Eastern Takaful atau i-Great mengenakan co-takaful 10% atau maksimum co-takaful hanya RM500 sahaja.

Ada syarikat yang mengenakan Co-Takaful, dan ada juga yang tiada Co-Takaful. Jadi, anda perlu buat pertimbangan sewajarnya kenapa mereka tidak mengenakan co-takaful, pasti ada kekurangan di element yang lain yang lebih besar tetapi tersembungi yang anda tak nampak.

RUMUSAN

Tanpa simpanan yang mencukupi, anda sudah pasti tidak mampu menaggung kos rawatan jika anda ditimpa musibah. Kita perlu membuat perancangan yang awal untuk mengelakkan kerugian besar di masa hadapan.

 

Kad Perubatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...