Kenapa Kita Perlukan Medical Card?

Medical Card

Kenapa Kita Perlukan Medical Card?

Medical card bukan lagi sesuatu yang tidak asing buat masa ini. Ramai yang mempunyai kesedaran tentang medical card, tetapi ramai yang masih belum memilikinya lagi. Kepada sesiapa yang masih belum memiliki Medical Card, sila-silakanlah baca sebab kenapa anda perlu miliki medical card. Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu memiliki Medical Card dengan bertanyakan soalan-soalan berikut kepada diri anda dan renung-renungkanlah jawapannya secara ikhlas ya…

1. Jika saya masuk hospital, mampukah saya membayar bil hospital. Saya mungkin dapat mengelak hutang kereta,rumah, kredit kad, etc..tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta.

2. Jika saya masih bekerja, syarikat akan membayar kos perubatan saya. Bayangkan jika saya dah pencen selepas umur 55 tahun. Bermula umur 56 tahunlah saya akan sakit dan syarikat tidak lagi akan membayar kos perubatan saya. Jika saya tunggu sehingga umur 56 tahun baru saya nak memilikinya, saya bernasib baik jika saya masih sihat. Itupun, saya perlu membayar premium yang sangat tinggi.

3. Saya tidak tahu bila saya akan sakit dan semua orang tidak mahu sakit. Tetapi, kenapa ramai orang di hospital? Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan saya mungkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.

Ok, anda dah dapat jawapannya? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan quotation terbaik untuk medical card beserta pelan perlindungan untuk keluarga tersayang dengan serendah RM100 sahaja!!! Amat murah kan?

medical card

Peminjam Gagal Bayar Hutang Akibat Kos Perubatan

Tahukah anda kos perubatan yang tinggi menyebabkan ramai peminjam gagal membayar hutang? Penggunaan kad kredit atau personal loan untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman. Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Dengan itu, rancanglah kewangan kita hari ini, medical card bukan lagi suatu pilihan, ianya wajib dimiliki oleh kita semasa kita sihat walafiat. Hubungi saya segera untuk dapatkan quotation medical card dari Great Eastern Takaful.

 

Humaizi – 0193726080
Unit Manager,
Great Eastern Takaful

Medical Card

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in medical card. Bookmark the permalink.

One Response to Kenapa Kita Perlukan Medical Card?

  1. Pingback: Prudential BSN Takaful

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current month ye@r day *