Standalone Medical Card Lebih Bagus?

Medical Card

Medical Card adalah satu keperluan yang wajib dimiliki oleh setiap orang yang tidak mahu dibebani dengan kos rawatan yang makin tinggi setiap tahun. Ramai yang telah memiliki Polisi Insurans/ takaful tetapi tidak memiliki medical card. Jadi, pilihan terbaik untuk mereka ini adalah dengan mengambil Medical Card Standalone.

  1. Tidak perlu attach dengan Takaful Hayat, atau Life Insurance.
  2. Harga lebih murah mengikut umur (namun akan ada kenaikan harga untuk setiap 5 tahun mengikut umur)

Antara kekurangan medical card standalone adalah:

  1. Tiada saving dalam pelan utama takaful, jadi kenaikan kos akan ditanggung oleh peserta dengan top up additional sumbangan.
  2. Kemungkinan untuk Non-renewable clause sekiranya telah disahkan menghidap penyakit (tetapi tidak semua insurance Company buat clause sebegini…)
  3. Bayaran bulanan akan hangus seperti bayar Insurance Kereta.

 

Di sini saya sertakan dua perbandingan kos antara Medical Card Takaful Standalone. Pertama, MAA Takaful. Kelebihan Syarikat ini adalah Medical Card boleh diambil secara standalone namun kos akan meningkat setiap 5 tahun bergantung kepada umur peserta Takaful. Plan ini amat sesuai untuk anda yang masih muda dan baru mempunyai ahli keluarga dan tidak mampu untuk sediakan Plan yang mahal untuk anak-anak. Mengambil contoh anak berusia 2 tahun, bayaran Medical Card Stand alone MAA Takaful hanya RM89.33 sebulan untuk Room and Board 150 manakala bagi anak-anak berumur antara 6-15 tahun hanya RM47 sebulan!

Sila Ambil perhatian..ini adalah PERBANDINGAN KOS sahaja..tidak termasuk perbandingan manfaat kerana setiap takaful operator mempunyai manfaat yang bagus dengan setiap plan

MAA Standalone

 

Manakala di bawah ini adalah Plan Medical Card dari Great Eastern Takaful di mana ini adalah Investment Link Plan, bermakna Medical Card adalah rider kepada Plan Induk Takaful dan sekiranya manfaat tidak digunakan,  sumbangan bulanan tidak akan hangus dan terdapat cash value dalam tabungan plan takaful ini. Walaupun kos Medical Card meningkat seiring dengan usia peserta, cash value dalam Tabungan Plan Takaful Saving tadi boleh menampung kenaikan tersebut. Dengan itu, Peserta tidak akan dibebani dengan kenaikan sumbangan bulanan walaupun usia telah meningkat kerana peserta telah mula menabung untuk Medical Card beliau sejak dari awal lagi.

Medical Card Great Eastern Takaful

Medical Card Great Eastern Takaful

 

Sebagai perbandingan di sini, kos Medical Card untuk Room and Board 200 bagi Peserta Lelaki, Kadar untuk Standalone Medical Card di usia 75-79 tahun adalah sebanyak RM11,937 berbanding hanya RM6,119 bagi kadar Medical Card yang BUKAN standalone…

Persoalannya..yang mana TERBAIK untuk anda? Standalone Medical Card atau Plan Investment Link dengan Rider Medical Card?

Samada anda mengambil Medical Card yang disertakan dengan Takaful Hayat atau  medical card standalone, ianya adalah bergantung kepada keperluan anda. Bincang dahulu dengan Agent Takaful manakah yang terbaik untuk anda. Cari Agent Takaful yang mesra dan peramah (ehem..ehem..seperti saya) dan anda pasti boleh menilai dan membuat keputusan terbaik untuk merancang masa depan kewangan anda juga. Jadi, persoalan samada medical card standalone adalah yang terbaik tidak sepatutnya timbul kerana ianya adalah 100% bergantung kepada keperluan setiap individu dan keluarga itu sendiri.

 Hubungi saya, Humaizi 0193726080 untuk berbincang lebih lanjut tentang pelan Medical Card Terbaik untuk anda dan keluarga samada Stand alone atau Plan Investment Link Medical Card.

terima kasih.

Medical Card

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...