Perlu Ke Ada Bajet Kewangan Keluarga?

Keluarga

Pengiraan terhadap wang keluar dan wang masuk bagi sesebuah keluarga jarang diberikan keutamaan jika dibandingkan dengan urusan perniagaan. Tahukah anda bahawa tanpa perancangan kewangan yang sempurna, perbelanjaan sesebuah keluarga itu mudah tersasar.

Antara faktor mengapa ramai di antara kita agak lupa untuk membuat bajet ialah kerana meeka merasakan membuat belanjawan adalah kerja remeh dan mengambil banyak masa.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa menguruskan rumah tangga tidaklah sesukar maan jika dibandingkan dengan menguruskan syarikat dan jika berlaku sebarang masalah dalam rumahtangga, masalah tersebut adalah masih kecil berbanding dengan masalah syarikat.

Setiap kali membuat atau melaksanakan sesuatu projek, anda mestilah ada matlamat. Begitu juga dengan membuat perancangan kewangan keluarga. Anda harus punyai matlamat dan arah untuk dituju.

keluarga

Akan tetapi, anda harus ingat, untuk menjayakannya kerjasama dengan setiap ahli keluarga amat penting. Semua orang perlu berganding bahu dan bersatu tenaga untuk memastikan setiap yang dirancang beroleh kejayaan.

Dalam menetapkan matlamat, anda perlulah membahagikannya kepada dua kategori iaitu matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Matlamat jangka pendek ialah matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh terdekat manakala matlamat jangka panjang adalah apa yang ingin dicapai pada masa depan yang lazimnya memerlukan peruntukan kewangan yang besar.

Contoh matlamat jangka pendek ialah menukar kereta, membeli perabor atau bercuti ke luar Negara. Manakala matlamat jangka panjang biasanya ada kaitan dengan simpanan untuk hari tua ataupun ingin melunaskan segala hutang piutang, seperti pinjama peribadi dan pinjaman perumahan.

Cara yang paling baik untuk membina bajet keluarga yang tepat ialah kenali dahulu perbelanjaan harian anda sekeluarga. Jika sebelum ini anda tidak mempunyai rekod perbelanjaan yang lengkap, membuat bajet akan menjadi agak sukar. Apa pun, ini semua bukan penghalang untuk anda teruskan niat yang suci itu.

Sebagai permulaan, kaji dahulu perbelanjaan yang lepas-lepas. Kemudian, cuba catatkan ke mana perginya wang anda. Senaraikan pendapatan dan perbelanjaan anda. Lihat aliran keluar masuk wang anda dalam tempoh sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan ini. Dengan cara ini anda akan dapat melihat dengan jelas pergerakan wang anda. Keadaan ini pastinya akan dapat membantu anda membuat bajet untuk bulan-bulan seterusnya.

Untuk memulakan perancangan kewangan, senaraikan semua pendapatan anda. Kemudian, barulah diagih-agihkan kepada perbelanjaan. Ingat, janganlah sesekali berbelanja lebih daripada pendapatan. Inilah tujuan sebenar membuat bajet. Baru anda sedar jumlah sebenar wang yang anda ada dan tahu mana perginya wang anda. Jadi, tidaklah anda terlebih belanja lagi.

Keluarga

Posted in Pengurusan Kewangan, Umum | Leave a comment

Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful

Salam,

Ramai antara kita yang masih belum mempunyai polisi Takaful walaupun masing-masing mengetahui tentang kepetingan Perancangan Kewangan melalui prinsip Takaful sekiranya berlaku kecelekaan, kematian dan kecacatan kekal terhadap diri kita. Ramai yang masih mencari-cari produk Takaful Terbaik , dan saya ingin share satu maklumat yang amat berguna untuk anda semua.

Great Eastern sentiasa menawarkan produk Terbaik di Malaysia. Produk terbaru daripada Great Eastern Takaful Sdn Bhd. Great Eastern Takaful baru-baru ini telah memenangi anguerah Best New Takaful Operator 2011.

Great Eastern Takaful

Best New Takaful Operator 2011

Jika anda mementingkan PRODUK DAN SERVIS perkhidmatan yang berkualiti, Great Eastern Takaful tampil mewarisi ciri ini. Kini anda boleh mendapatkan plan takaful daripada penyedia insurans paling berprestij dalam sejarah, Great Eastern yg sudah 102 tahun di Malaysia. Faedah yang sama juga dinikmati oleh pelanggan Great Eastern Takaful

Ramai yang memilih plan Great Eastern utk perlindungan kerana;

  1. Pengalamannya yang mengukir sejarah dalam menguruskan insurans di Malaysia menjangkau 104 tahun pada 2012.
  2. Memperolehi kenaikan tambahan had tahunan Medical Card percuma 10% pada setiap 3 tahun tanpa sebarang kenaikan pada premium (jika tiada claim)
  3. ifetime limit untuk medical card antara yang tertinggi (cth: utk Room and Board RM400, Lifetime limit adalah RM1.6 juta)
  4. Co-Insurance terendah di pasaran iaitu 10% dengan maximum hanya RM500.
  5. Tidak seperti plan dari syarikat insurans/takaful lain, hanya di Great Eastern sahaja anda boleh membuat tuntutan bagi Penyakit Kritikal walaupun masih diperingkat permulaan, satu-satunya plan sepertinya di Malaysia.
  6. Dan beberapa anugerah berkaitan yang menjadikan Great Eastern jenama yang anda boleh yakini kualitinya ;
  7. Pemenang Reader’s Digest Trusted Brand Gold Award utk 7 tahun berturut2.
  8. Brandlaureate Best Brands Awards 2009-2010
  9. Malaysia™s 100 Leading Graduate Employers 2009
  10. Brandlaureate SMEs Chapters Award 2009
  11. lagi senarai anugerah; http://www.lifeisgreat.com.my

Ternyata, syarikat Greast Eastern Takaful yang berada di bawah naungan Great Eastern menawarkan produk takaful terbaik untuk anda semua.

Bagi yang ingin memulakan perniagaan Takaful secara part-time atau sepenuh masa, boleh sertai Agensi kami di Great Eastern Takaful, kerana saya menggunakan medium Internet Marketing untuk pemasaran produk takaful. Gunakan peluang information techonology untuk menerokai dunia takaful dengan efektif, efisyen dan yang pastinya..anda berjihad untuk membantu umat Islam juga.

Salam Ceria,
Humaizi
Unit Manager, Great Eastern Takaful- I Great
019-3726080

Great Eastern Takaful

Posted in Takaful, Umum | Leave a comment

Pelaburan Emas Fizikal

Pelaburan Emas

Assalamualaikum,

Pelaburan Emas adalah salah satu alternatif pelaburan terbaik. Namun begitu, ada juga yang terpedaya dengan skim pelaburan emas yang bercirikan skim cepat kaya.

Pelaburan emas bukan bermaksud beli saham emas. Pelaburan emas adalah dengan membeli emas fizikal dengan syarikat yang memasarkan emas untuk pelaburan, seperti Public Gold dan GCP.

Emas merupakan satu komoditi yang unik dan paling berharga di dunia serta diterima di semua negara di dunia. Dan dari trend kenaikan emas sebanyak 250% dalam tempoh 5 tahun menunjukkan emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang amat-amat menguntungkan. Ini dibuktikan oleh pakar dalam bidang saham dan pelaburan di Malaysia.

Emas merupakan pelaburan sebenar dalam islam. Emas dan perak telah digunakan sebagai matawang sejak 6000 tahun dulu lagi ketika zaman Mesir purba.

Ramai yang tahu akan nilai emas dan perak namun mereka hanya gunakan emas dan perak sebagai barang perhiasan semata-mata. Sedangkan rahsia kekayaan ada pada emas dan perak dan mampu membawa mereka kepada kebebasan kewangan.

Emas dan perak amat bernilai selama-lamanya. Ini adalah berdasarkan hadis  Nabi Muhammad SAW. Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal;Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW telah bersabda,  ” Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan)”

Emas dan Perak digunakan untuk tujuan perdagangan. Maka tidak timbul kemerosotan nilainya malah ianya semakin meningkat Semasa di zaman Rasullullah SAW harga seekor kambing adalah 1 dinar namun kini harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Namun nilai 1 dinar dalam nilai matawang kertas berubah-ubah malah semakin meningkat.

Kalau Tahun 2002, nilai 1 dinar bersamaan RM140. Pada Tahun 2005, nilai 1 dinar bersamaan RM242. Pada Tahun 2008, 1 dinar bersamaan dengan RM418. Pada tahun 2010, 1 dinar bersamaan dengan RM587. Pada Tahun ini 2011, 1 dinar sudah naik ke paras RM820.

Hakikatnya emas dan perak adalah aset yang terbaik untuk dimiliki. Dengan hanya menyimpan pun dah beri pulangan yang amat lumayan. Tetapi jika simpan duit nilainya semakin susut.

Emas merupakan salah satu komoditi bernilai yang diiktiraf di seluruh pelusuk dunia. Harga semasa emas ditentukan oleh bekalan dan permintaan dunia. Kegunaannya sama da sebagai mata wang, perhiasan, mahu pun sebagai koleksi simpanan, telah digunakan sejak zaman pemerintahan Firau di Mesir sehingga sekarang.

Emas adalah satu instrumen yang boleh menilai INFLASI. Saya tak perlu terangkan lebih lanjut tentang inflasi, tetapi secara ringkasnya, anda pasti faham kenapa nilai RM100 pada tahun 2001 adalah tidak sama lagi pada tahun 2011. Nilainya makin mengecut dek kerana inflasi. Tetapi tidak bagi EMAS.

1.  Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2.  Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3.  Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4.  Aset yang terunggul
5.  Ia tidak boleh dimanipulasikan

ok lah..setakat ini dulu perkongsian untuk hari ini. Untuk anda yang nak explorer lebih lagi tentang Pelaburan emas, boleh layari blog yang memberi info tentang pelaburan emas di www.PelaburanEmas.info

Sekiranya anda ada facebook, minta layari FB page www.facebook.com/emasfizikal dan jangan lupa untuk klik like FB page tersebut.

ok..bye..bye…

Pelaburan Emas

Posted in Pelaburan, Umum | 1 Comment

Perniagaan Berganda Selepas Bersedekah

Perniagaan

Assalamualaikum..

Saya amat terharu membaca  e-akhbar utusan Malaysia berkenaan dengan seorang ahli perniagaan, Syed Muhammad Gaddafi. Kisahnya mengenai Rezeki berganda selepas sedekah. Harap anda dapat luangkan masa untuk membaca kisah beliau ini.

Meskipun hanya mendapat pendidikan sekadar di tingkatan dua, ia bukan penghalang buat Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. (JMDSB), Syed Muhammad Gaddafi Syed Ali, 39, untuk mengecapi kejayaan dalam dunia perniagaan sehingga berjaya membuatkan nama syarikatnya itu kini dikenali di seluruh negara.

perniagaan

Perniagaan Yang Makin Berkembang...Jamu Mak Dara

Dengan hanya bermodalkan RM500 yang dipinjamkan oleh seorang rakannya enam tahun lalu, beliau kini telah berjaya menjadikan syarikatnya itu memperoleh keuntungan yang mencecah jutaan ringgit.

Katanya, rahsia kejayaannya itu adalah sentiasa yakin dan percaya dengan kemampuan diri sendiri selain reda dengan cabaran yang dihadapi.

“Untuk berjaya seseorang itu hanya perlu menganggap setiap masalah yang datang seperti ‘langau’ yang datang menghurung kita dan tidak perlu kita mempedulikannya.

“Sepatutnya kita tidak berasa tertekan dengan masalah sehingga membuatkan kita mudah berputus asa sekali gus menjadi penghalang untuk kita berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dijemput untuk berkongsi kejayaan syarikat berkenaan pada Seminar Jihad Bisnes anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. di Pusat Islam UiTM, di sini hari ini.

Syed Muhammad yang kini sedang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma Eksekutif dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Malaya itu turut berkongsi pengalamannya yang menerima rezeki berlipat kali ganda sebaik selepas bersedekah kepada seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman suaminya.

“Selepas dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai masalah yang dihadapi wanita itu, saya terus melawatnya di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur dan apabila melihat keadaan wanita itu dan lima anaknya, saya sedih lalu secara spontan menghulurkan bantuan sebanyak RM500 kepadanya.

“Alhamdulillah, selepas itu, saya menerima satu panggilan telefon yang memesan stok produk syarikat saya bernilai RM24,000 dan sejak itu, saya sentiasa bersedekah kerana yakin Allah pasti akan bantu dan melimpahkan rezeki yang banyak kepada kita selepas itu,” ujarnya.

Beliau turut berpesan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan supaya mengamalkan sikap jujur dan ikhlas dalam perniagaan sekiranya mahu berjaya sebagai seorang usahawan serta mendapat rahmat daripada Tuhan.

Perniagaan

Posted in Perniagaan, Umum | Leave a comment

Saya Alergik Dengan Insurans atau Takaful

Takaful

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya yakin, rata-rata rakyat Malaysia, especially Melayu Islam, ramai yang masih tidak mempunyai polisi Takaful. Dalam posting kali ini, saya ingin mengutarakan kenapa masih ramai yang menidakkan untuk mengambil polisi Insuran ataupun Takaful untuk kebaikan diri pemilik polisi 😕

Kadang-kadang rasa pelik jugak bila jumpa orang yang sememangnya mampu dari segi kewangan untuk membayar polisi dan sebab utama saya mengajak orang-orang yang saya promote takaful adalah mereka ni tak ada apa-apa perlindungan takaful atau insuran. Mereka ini masih menolak untuk memiliki polisi Takaful walhal mereka tahu…perlindungan adalah penting untuk mereka dan keluarga.

Antara alasan yang diberikan oleh orang-orang kita adalah:

“saya tak mampu nak bayar premium…”
“rasa ‘sayang la nak bayar premium (aka kedekut) sebab beli polisi takaful ni tak nampak lagi hasilnya…”

Takaful dan Skim Cepat Kaya

Takaful

Masih Ramai Alergik Dengan Polisi Takaful

Realitinya..kalau saya tawarkan…labur RM1000 sebulan dapat 50% pulangan..sure ramai yang ingin ‘leburkan’ duit mereka…ye la..kalau skim cepat kaya….ramai yang berminat.

Apa yang saya boleh Nampak di sini adalah, ramai yang tak punya kesedara dan tak nampak hasil pembelian takaful dan hanya bila nampak hasil perhaps kita dah cacat or mati ..barulah masa tersebut kita akan sedar…alangkah ruginya aku tak beli polisi Takaful awal-awal lagi…

Anda tahu tak kenapa kita diwajibkan beli Insurans kereta? Pertama sebab kereta tersebut adalah milik Bank jadi kalau berlaku  kecurian atau kemalangan terhadap kenderaan tersebut, Bank boleh mendapatkan balik wang pinjaman berbaki..itu adalah ‘value’ bank terhadap kereta tersebut..

Takaful dan Nilai Diri Anda

Bagaimana pula anda value diri anda untuk keluarga? Begitulah ibaratnya…anda memang tiada nilai atau value langsung kalau tidak memiliki polisi takaful sebab pemergiaan anda tidak meninggalkan sebarang wang tunai atau simpanan kepada keluarga..malah..anda meninggalkan bebanan hutang untuk ditanggung oleh isteri dan anak-anak…Nauzubillah…bunyinya agak kasar..namun itulah hakikat bagi seorang yang tiada nilai bagi diri mereka sendiri.

Hakikat orang Melayu Islam kini adalah…majoritinya.. bila dah kena baru la sedar..

Malangnya..masa mereka dah tersedar..waktu dah terlambat untuk memiliki polisi takaful…tak kira berapa umur anda sekarang..selagi anda masih sihat, peluang untuk memiliki polisi takaful masih lagi terbuka luas..Anda boleh hubungi mana-mana agen takaful untuk bincangkan harga premium dan berapa polisi yang boleh anda dapatkan.

ok la..setaka ini saja perkongsian dari saya untuk kali ini..semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini. InsyaAllah.

Posted in Takaful | Leave a comment

Perlu Ke Saya Tetapkan Matlamat Kewangan?

Salam, apa khabar anda hari ini? Terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana anda sudi  mengunjungi blog rahsiakewangan.com ini.

Saya pasti anda semua ada matlamat dalam hidup ini. Contohnya, apabila kita di sekolah rendah, matlamat kita mungkin untuk pergi ke sekolah berasrama penuh semasa di tingkatan 1. Selepas mengambil bidan pengajian di Universiti, kita sememangnya telah mempunyai matlamat, apa yang kita ingin capai selepas tamat pengajian nanti. Betul tak?

Perancangan Kewangan Amat Penting Untuk Semua Individu

Ok, begitu juga dengan kewangan, kita perlu tetapkan satu matlamat. Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan (umpamanya, memiliki rumah dalam masa lima tahun atau pembiayaan pendidikan anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah diidamkan tetapi belum dapat dicapai (seperti bercuti naik keretapi Orient Express). Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan impian Mat Jenin.

Cara mudah untuk menetapkan matlamat kewangan adalah melalui perancangan awal untuk beberapa jangka masa – dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Kemudian, fikir tentang keperluan dan keinginan anda (atau keluarga), dan jadikan ia sebagai matlamat khusus yang ingin dicapai untuk setiap jangka masa yang telah ditentukan.

Kemudian, kira berapa banyak wang diperlukan untuk memenuhi setiap matlamat tersebut. Jangan pula rasa takut melihat jumlah yang telah dianggarkan. Melainkan mereka yang memang sudah banyak menabung, kebanyakan kita perlu bekerja keras menambah tabungan untuk mencapai matlamat yang diimpikan – dan menambah tabungan boleh juga dibuat melalui pelaburan.

Ok, seterusnya, bagaimana nak capai matlamat kewangan tersebut? Menyimpan wang? Di mana nak simpan wang anda? Ok, anda pasti tahu untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, anda perlu melabur.

Tujuan blog ini serta laman facebook saya, iaitu www.facebook.com/pelaburan  adalah untuk mengajak anda belajar cara bijak untuk melabur supaya mendapat pulangan yang diharap-harapkan bagi mencapai matlamat yang diimpikan. InsyaAllah, dalam posting seterusnya, saya akan share mengenai bentuk program pelaburan yang anda perlu tahu.

Salam  Ceria,
Humaizi

Posted in Pengurusan Kewangan | Leave a comment

Kenapa Kita Perlu Merancang Kewangan?

Mengapa kita perlu merancang kewangan? Jika mahu kejayaan dalam apa jua usaha – tidak kira sama ada hendak berperang atau hendak menganjurkan majlis menyambut tahun baru, semuanya memerlukan perancangan rapi. Begitu juga jika mahu melaburkan wang. Mereka yang matang, bijak dan pandai selalu berkata, kita tidak merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk merancang.

Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang kedudukan kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala tuju masa hadapan kita dengan menetapkan matlamat kewangan, dan dengan demikian membolehkan kita mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

Harapan saya agar anda dapat teruskan membaca posting di bawah ini kerana ia akan membantu anda membentuk pelan kewangan sendiri.

 

Perancangan Kewangan Amat Penting Untuk Masa Hadapan

Nilai Kedudukan Kewangan Anda

Sebelum meneruskan sebarang pelan pelaburan, anda perlu menilai kedudukan kewangan sendiri, misalnya menilai perbelanjaan yang perlu dan simpanan yang ada, supaya anda boleh membuat keputusan berapa banyak yang boleh ditabung dan dilaburkan. Mungkin buat masa ini anda berbelanja sesuka hati dan pada bila-bila masa sahaja tanpa memikirkan berapa baki wang yang tinggal pada setiap hujung bulan.

Bagaimana untuk menentukan kedudukan kewangan anda? Dalam posting ini, saya akan bincangkan dua perkara penting iaitu, Pastikan nilai bersih wang anda, dan yang ke dua buat penyata aliran tunai.

Pertama, pastikan nilai bersih wang anda

Nilai bersih simpanan boleh disamakan dengan lembaran imbangan sesebuah syarikat. Ia menggambarkan kedudukan kewangan anda. Untuk mengira nilai bersih simpanan, anda perlu menyenaraikan semua aset dan tanggungan anda. Kemudian tolak tanggungan daripada aset untuk mendapat nilai bersih simpanan.
Aset merangkumi wang tunai, akaun bank, barang-barang berharga seperti barang kemas atau barangan antik, pelaburan sedia ada seperti saham atau unit amanah dan aset tetap seperti rumah atau hartanah.

Tanggungan pula termasuklah sebarang pinjaman anda (untuk membeli kereta, rumah, malah pinjaman daripada keluarga dan kawan-kawan), kad kredit dan sebarang hutang lain jika ada.
Jika selepas dikira, nilai bersih adalah negatif, bermakna anda belum mampu melabur. Lupakan sahaja soal pelaburan buat sementara waktu dan berusaha supaya nilai bersih wang anda bertukar positif. Sebaliknya, jika nilai bersih adalah positif, perlu pula dilihat sama ada ia mencukupi untuk memenuhi semua keperluan akan datang. Mungkin jumlahnya perlu ditingkatkan supaya lebih banyak boleh dilaburkan.

Bagaimana untuk meningkatkan nilai bersih wang? Satu caranya adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Sebarang lebihan wang tunai daripada perbelanjaan boleh dimasukkan dalam senarai aset bagi meningkatkan nilai bersih.

Tetapi, perbelanjaan yang mana pula perlu dipotong? Untuk menentukannya:

Buat penyata aliran tunai

Anda perlu mengesan ke mana wang dibelanjakan; buat analisis aliran tunai mengenai corak pendapatan dan perbelanjaan. Pertama sekali, susun semua penyata gaji, resit, bil, penyata cukai dan data kewangan yang lain dalam satu rekod untuk menunjukkan berapa banyak pendapatan yang telah diperoleh dan berapa banyak pula telah dibelanjakan setiap bulan untuk sepanjang tahun. Senaraikan dan teliti setiap perbelanjaan untuk memastikan yang mana boleh dikurangkan supaya akhirnya nanti anda mempunyai aliran tunai yang positif – iaitu lebih banyak wang masuk berbanding wang keluar.

Ketika berlatih membuat aliran tunai, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dan ada soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri, antaranya:

Pendapatan anda: Berapa gaji anda? Adakah anda mempunyai sumber pendapatan lain – kerja sambilan, dividen, rumah yang disewakan, bonus. Jika membuat analisis untuk seisi keluarga, pendapatan suami atau isteri patut dimasukkan sama.

Aliran wang keluar: Ini termasuk perbelanjaan rumah dan sara hidup seperti makanan, pakaian dan barangan keperluan harian; penjagaan kereta dan petrol; bayaran balik pinjaman kereta, kad kredit atau sewa rumah; premium insurans; perbelanjaan untuk pendidikan dan perubatan; perbelanjaan bercuti dan hiburan; bayaran cukai pendapatan, zakat dan lain-lain. Senarai ini panjang sekali.

Di sinilah anda perlu memutuskan yang mana perbelanjaan perlu dan yang mana pula sekadar membazir sahaja – potong mana-mana perbelanjaan yang dianggap membazir supaya lebih banyak wang dapat ditabung.

Susun belanjawan untuk memastikan perbelanjaan terkawal. Belanjawan itu akan menjadi penentu apa yang anda mampu belanjakan. Misalnya, anda tidak mampu makan malam di restoran yang mahal setiap minggu jika belanjawan anda menunjukkan yang anda hanya mampu makan di kedai kopi. Bagaimanapun, sesekali mungkin anda ingin berbelanja lebih sempena hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan; jadi jangan lupa masukkan perbelanjaan seperti itu dalam belanjawan. Tetapi jangan pula berlebihan.

Jika anda berasa lemas dengan data yang panjang lebar ketika mengatur pelan kewangan, dapatkan bantuan teknologi komputer yang canggih. Dalam dunia hari ini, pakej perisian komputer adalah umpama tulang belakang yang direka cipta untuk membantu anda menyusun dan mengawal belanjawan. Kebanyakan program perisian komputer ini boleh membantu anda menyusun belanjawan dan memeriksa perbelanjaan, malah mengira jumlah yang perlu ditabung untuk pelaburan serta mengawasi pelaburan anda.

ok, setakat ini dulu perkongsian dari saya, semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Posted in Pengurusan Kewangan | Leave a comment

Tips Untuk Elakkan Dari Berhutang

Saya nak cerita satu perkara yang amat menyedihkan, ini bukan rekaan tapi  berdasarkan kajian, ramai yang tidak pandai menguruskan kewangan mereka dengan baik dan mengambil hutang yang begitu besar, seterusnya perkara ini membawa kepada pengumpulan hutang dan pembayaran faedah jangka panjang.

Elakkan Dari Berhutang...Melainkan Anda Membuat Hutang Baik..Bukan Hutang Lapuk

Di bawah ini saya sertakan beberapa nasihat berikut untuk mengelakkan hutang:

– Jika anda mempunyai hutang kad kredit, di mana kebanyakan orang kad kredit adalah sumber hutang yang terbesar dan yang paling serius terutamanya untuk golongan muda selepas tamat belajar kerana terlalu inginkan kehidupan mewah. Jadi anda perlu membayar secepat mungkin untuk mengelakkan hutang jangka panjang. Sila ambil nasihat ini secara serius, kerana mengabaikan atau melewatkan pembayaran mana-mana boleh menjadi mimpi ngeri dan boleh memusnahkan hidup anda.

– Belajar dan belajar bagaimana untuk mengira ‘interest’ atau ‘faedah’.

– SENTIASA menyemak kadar faedah. Perkara pertama yang perlu anda lakukan, dapatkan penjelasan sebelum memilih kad kredit atau hutang peribadi. Pastikan anda memperolehi kadar faedah yang terendah.

– Mempunyai kad kredit yang banyak (lebih dari tiga) seperti memiliki senjata untuk mencederakan diri anda sendiri. Cukuplah dengan maksimum dua kad kredit sahaja. Dengan cara ini anda boleh mengendalikan hutang anda dengan mudah.

– Mendidik diri sendiri bagaimana kad kredit mengira faedah.  Kemudian, periksa kadar faedah ke atas kad kredit anda.

– Tahu apa yang anda mahu bayar! Jangan sekali-kali menggunakan kad anda untuk sesuatu yang anda tidak boleh membayar dengan wang tunai. Sekiranya anda mempunyai kad debit, gunakannya. Kad ini amat berguna untuk barang-barang kecil daripada anda membayar faedah untuk barang-barang kecil. Kad kredit membuat membayar wang mudah. Mereka juga akan menjadi hutang yang mudah.

– Sentiasa mempunyai rancangan untuk membayar balik hutang anda. Jika anda perlu untuk membeli sesuatu, berfikir pertama “bagaimana saya boleh membayar semula?”

ok lah..setakat ini dulu perkongsian hari ini, semoga anda mendapat manfaat daripada tips ini.

Posted in Pengurusan Kewangan, Umum | Leave a comment

Seronoknya Berhutang….Hutang Baik..Hutang Buruk

Seronoknya Berhutang….Selamilah Hakikat Sebenar Hutang

Hutang adalah wang yang anda pinjam, ia adalah jumlah wang atau harta lain yang kena dibayar oleh seorang organisasi, atau syarikat. Cara berhutang sangat mudah dan mungkin ia menyeronokkan bagi sesetengah orang kerana ia boleh menarik perhatian mereka. Pada pertama kali, seseorang itu mungkin gembira, kerana mereka boleh membeli tanpa wang tunai, dan mereka mampu untuk mendapatkan sebuah kereta walaupun tanpa tidak mempunyai bajet tetapi mereka mungkin sedar atau tidak sedar, mereka akan hidup dan memandu kereta ini selama 7-9 tahun untuk membuat pembayaran!

Anda pernah mendengar tentang kolesterol? Seperti juga kolesterol, di mana terdapat kolesterol yang baik dan buruk, hutang juga datang dalam dua versi. Hutang baik dan buruk. Hutang boleh membuat hidup anda lebih mudah atau merosakkan hidup anda. Walau bagaimanapun buruk hutang itu, ada penyelesaian. Orang dan usahawan yang bijak tahu bagaimana untuk menangani hutang dan bagaimana untuk menguruskan kredit mereka boleh mengambil ‘kesempatan’ ke atas hutang.  Manakala sesetengah orang khususnya golongan muda yang tidak mempunyai pengetahuan yang besar dalam pengurusan hutang dan dan juga ilmu tentang rancangan pengurangan hutang akan sentiasa dalam kesusahan.

Hutang sebenarnya boleh diklasifikasikan sebagai hutang sementara atau kronik.

Dalam kebanyakan kes, terdapat sebab-sebab yang sangat baik untuk berhutang. Sebagai contoh, pelajar mengambil pinjaman adalah satu perkara yang baik tetapi pelajar mesti tahu bagaimana untuk menangani dan membayar hutang beliau selepas ‘graduate’ atau tamat pengajian.

Begitu juga dengan mengambil hutang untuk memulakan perniagaan adalah sesuatu yang baik tetapi ia bergantung kepada persediaan anda dalam membina struktur perniagaan tersebut. Anda mesti mempunyai pelan yang jelas, dan tahu berapa banyak wang yang anda perlukan dan yang paling penting, bagaimana untuk membayar balik. Dalam kes sedemikian, hutang adalah sebahagian daripada kejayaan perniagaan.

Jika anda mampu untuk membayar wang tunai dan menghadkan risiko mengambil hutang, lakukannya! Jangan teragak-agak untuk membayar secara tunai apabila anda mempunyai duit.

Masalahnya ialah apabila anda meminjam wang tetapi tidak menggunakannya dengan produktif. Dengan lebih jelas, hutang yang baik adalah apabila anda melabur dan bukan semata-mata membelanjakannya. Mengambil hutang semata-mata untuk membelanjakannya adalah satu perkara yang buruk. Hutang mesti di bawah kawalan. Anda harus bijak untuk merangka strategi bagaimana untuk membayar balik hutang anda. Buat pelan, terutama pengurangan pelan yang drastic! Buat tindakan anda sekarang juga.

 

Posted in Umum | Leave a comment

Tidak Mampu Untuk Bersara

Saya amat sedih apabila membaca laporan The Star hari ini, pada 28 September 2011. Seorang pesara, M. Sawnderen, mendapat umur persaraan beliau datang bukan pada masa yang tepat. Ini kerana, selain daripada mempunyai kereta yang masih lagi perlu dibayar pinjaman kepada bank, beliau juga perlu menanggung 4 orang anak.

Beliau yang berumur 57 tahun tiada pilihan melainkan untuk meninggalkan kampung halamannya di Taiping disebabkan oleh gaji yang rendah di sana.

Beliau yang sebelum ini adalah juruteknik Telekom Malaysia yang pernah memperolehi gaji RM3,000 sebulan dengan kerja lebih masa. Tetapi selepas persaraan, beliau hanya memperolehi kerja dengan hanya gaji RM40 sehari.

Sekarang ini beliau mengendalikan maintentance di salah sebuah apartment di Cyberjaya. Di sana, beliau telah memperolehi gaji sebanyak RM2000 sebulan dengan tempat tinggal disediakan oleh majikan. Keluarga beliau telah berpindah ke sini beberapa bulan yang lalu.

Pendapatan Sawnderen memang masih tidak mencukupi dan beliau terpaksa bergantung kepada simpanan EPF sebanyak RM100,000 yang beliau mengambil setiap bulan sebanyak RM2000.

Kenapa perkara ini berlaku? Saya tidak mahu salahkan beliau, tetapi, rata-rata orang Malaysia, terutamanya yang bergaji rendah dan sederhana, tidak mengambil berat tentang perancangan kewangan peribadi. Ramai yang masih beranggapan orang kaya saja yang perlu merancang kewangan. Satu tanggapan yang salah.

Adakah dengan menaikkan umur persaraan satu penyelesaian? Mungkin ya..mungkin tidak..ianya hanya bersifat sementara sahaja. Selagi kita tidak merancang dari awal kewangan untuk bersara, masalah ini tetapi berlaku. Tambah lagi dengan kadar inflasi yang semakin tahun semakin meningkat.

Jadi, mulakan dari sekarang!! Rancang kewangan untuk persaraan…anda boleh congak samada simpanan EPF mencukupi atau sebaliknya semasa usia persaraan nanti, dan kalau tak cukup, anda perlu tambah simpanan tambahan setiap bulan, ataupun dengan melabur sebahagian daripada simpanan EPF ke Unit Amanah.

Pelaburan KWSP dalam unit amanah memang telah terbukti amat menguntungkan, kerana dividennya adalah lebih jauh tinggi dari dividen EPF.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Pengurusan Kewangan, Umum | Leave a comment