Bila Anda Mahu Bersara?

Salam,

Pernah tak anda terfikir bila ingin bersara? Umur persaraan tidak ditetapkan di dalam Akta Kerja 1955, kerana ianya adalah bergantung kepada terma pekerjaan syarikat dan pekerja.

Menurut Global Aging Report, satu soal-selidik yang dikendalikan syarikat survey pasaran terkenal di dunia, The Nielsen Company, sebanyak 56% rakyat Malaysia bersara, atau ingin bersara sebelum usia 60 tahun.  Namun demikian, dalam soal selidik yang sama, hanya 21% rakyat Malaysia bersedia dari segi kewangan untuk persaraan.

Dengan kata lain, daripada 10 orang Malaysia, hanya dua orang yang memiliki syarat dari segi kewangannya untuk bersara.  Sementara itu, 44% orang tidak pasti sama ada dirinya bersedia dari segi kewangan untuk bersara, malah satu pertiga berterus-terang bahawa keadaan kewangan sekarang tidak membenarkan dirinya bersara pada masa yang dijangkakan.

Meskipun kebanyakan responden agak optimis dengan keadaan ekonomi sekarang dan masa depan kerjayanya, tetapi mereka tidak yakin untuk meramal secara tepat – bagaimana inflasi memberi impak terhadap kuasa membeli konsumer dalam 20 hingga 40 tahun di depan.  Konsumer bimbang, seandainya kos makanan, air dan elektrik, pengangkutan dan sebagainya terus melonjak, barangkali wang pencennya gagal menampung hidup dirinya selepas bersara.

Justeru itu, sesetengah memilih untuk menukar pekerjaannya, atau berniaga untuk menambah pendapatan mahupun memperbaiki keadaan kewangannya, untuk memastikan cara hidup persaraan yang selesa.

Cuba anda bayangkan, kalau kita mahu bersara di usia 55, dan katakanlah umur sekarang 35 tahun…so kita adalah 20 tahun lagi untuk menghadapi usia tersebut. Agak-agak berapa RM yang kita perlukan pada usia persaraan nanti, dengan kadar inflasi yang semakin hari semakin meningkat.

Pada hakikatnya, seseorang penduduk pusat bandar Kuala Lumpur yang berdepan dengan kenaikan harga barangan, amat merasai bahang inflasi tersebut.  Inflasi bagaikan binatang buas yang membaham kuasa membeli anda, tanpa anda sedari.  Justeru itu, tersilap anggar paras inflasi, ataupun kesannya, bakal mengundang malapetaka yang besar.  Ia bukan sahaja mencelarukan rancangan persaraan, malah memerangkap seseorang dalam krisis kewangan.

Perancangan kewangan diperlukan untuk hadapi usia persaraaan

Menurut perhitungan kasar wartawan MerdekaReview, seandainya seseorang warga kota bujang pada usia 30 tahun memerlukan RM35,000 setahun (atau RM3,000 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup sekarang, maka beliau memerlukan RM47,037 setahun (atau RM3,920 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup yang sama pada 10 tahun akan datang – dikira pada kadar inflasi 3%.  20 tahun kemudian, beliau memerlukan RM63,214 setahun (atau RM5,268 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup tersebut.

Seandainya diambil kira kadar inflasi pada 4%, maka si bujang ini memerlukan RM51,807 setahun (atau RM4,317 sebulan) pada 10 tahun akan datang, dan RM76,689 (atau RM6,390 sebulan) pada 20 tahun akan datang – untuk mengekalkan cara hidup sekarang.

Begitu juga, seandainya sesebuah keluarga dalam kota memerlukan RM60,000 setahun (atau RM5,000 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup sekarang, maka dengan kadar inflasi 3%, keluarga ini memerlukan RM120,000 setahun (atau RM10,000 sebulan) pada 20 tahun akan datang; dan kadar inflasi 4% bakal melonjakkan perbelanjaan sesebuah keluarga kepada RM131,462 setahun (atau 11,000 sebulan) pada 20 tahun akan datang – untuk mengekalkan cara hidup asal.

Inilah realiti kehidupan sekarang…Dengan kata lain..setiap dari kita wajib mempelajari atau mengetahui tentang perancangan kewangan supaya kita menyediakan payung sebelum hujan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...