Perlu Ke Ada Bajet Kewangan Keluarga?

Keluarga

Pengiraan terhadap wang keluar dan wang masuk bagi sesebuah keluarga jarang diberikan keutamaan jika dibandingkan dengan urusan perniagaan. Tahukah anda bahawa tanpa perancangan kewangan yang sempurna, perbelanjaan sesebuah keluarga itu mudah tersasar.

Antara faktor mengapa ramai di antara kita agak lupa untuk membuat bajet ialah kerana meeka merasakan membuat belanjawan adalah kerja remeh dan mengambil banyak masa.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa menguruskan rumah tangga tidaklah sesukar maan jika dibandingkan dengan menguruskan syarikat dan jika berlaku sebarang masalah dalam rumahtangga, masalah tersebut adalah masih kecil berbanding dengan masalah syarikat.

Setiap kali membuat atau melaksanakan sesuatu projek, anda mestilah ada matlamat. Begitu juga dengan membuat perancangan kewangan keluarga. Anda harus punyai matlamat dan arah untuk dituju.

keluarga

Akan tetapi, anda harus ingat, untuk menjayakannya kerjasama dengan setiap ahli keluarga amat penting. Semua orang perlu berganding bahu dan bersatu tenaga untuk memastikan setiap yang dirancang beroleh kejayaan.

Dalam menetapkan matlamat, anda perlulah membahagikannya kepada dua kategori iaitu matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Matlamat jangka pendek ialah matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh terdekat manakala matlamat jangka panjang adalah apa yang ingin dicapai pada masa depan yang lazimnya memerlukan peruntukan kewangan yang besar.

Contoh matlamat jangka pendek ialah menukar kereta, membeli perabor atau bercuti ke luar Negara. Manakala matlamat jangka panjang biasanya ada kaitan dengan simpanan untuk hari tua ataupun ingin melunaskan segala hutang piutang, seperti pinjama peribadi dan pinjaman perumahan.

Cara yang paling baik untuk membina bajet keluarga yang tepat ialah kenali dahulu perbelanjaan harian anda sekeluarga. Jika sebelum ini anda tidak mempunyai rekod perbelanjaan yang lengkap, membuat bajet akan menjadi agak sukar. Apa pun, ini semua bukan penghalang untuk anda teruskan niat yang suci itu.

Sebagai permulaan, kaji dahulu perbelanjaan yang lepas-lepas. Kemudian, cuba catatkan ke mana perginya wang anda. Senaraikan pendapatan dan perbelanjaan anda. Lihat aliran keluar masuk wang anda dalam tempoh sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan ini. Dengan cara ini anda akan dapat melihat dengan jelas pergerakan wang anda. Keadaan ini pastinya akan dapat membantu anda membuat bajet untuk bulan-bulan seterusnya.

Untuk memulakan perancangan kewangan, senaraikan semua pendapatan anda. Kemudian, barulah diagih-agihkan kepada perbelanjaan. Ingat, janganlah sesekali berbelanja lebih daripada pendapatan. Inilah tujuan sebenar membuat bajet. Baru anda sedar jumlah sebenar wang yang anda ada dan tahu mana perginya wang anda. Jadi, tidaklah anda terlebih belanja lagi.

Keluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Pengurusan Kewangan, Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current month ye@r day *