Perlu Ke Saya Tetapkan Matlamat Kewangan?

Salam, apa khabar anda hari ini? Terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana anda sudi  mengunjungi blog rahsiakewangan.com ini.

Saya pasti anda semua ada matlamat dalam hidup ini. Contohnya, apabila kita di sekolah rendah, matlamat kita mungkin untuk pergi ke sekolah berasrama penuh semasa di tingkatan 1. Selepas mengambil bidan pengajian di Universiti, kita sememangnya telah mempunyai matlamat, apa yang kita ingin capai selepas tamat pengajian nanti. Betul tak?

Perancangan Kewangan Amat Penting Untuk Semua Individu

Ok, begitu juga dengan kewangan, kita perlu tetapkan satu matlamat. Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan (umpamanya, memiliki rumah dalam masa lima tahun atau pembiayaan pendidikan anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah diidamkan tetapi belum dapat dicapai (seperti bercuti naik keretapi Orient Express). Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan impian Mat Jenin.

Cara mudah untuk menetapkan matlamat kewangan adalah melalui perancangan awal untuk beberapa jangka masa – dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Kemudian, fikir tentang keperluan dan keinginan anda (atau keluarga), dan jadikan ia sebagai matlamat khusus yang ingin dicapai untuk setiap jangka masa yang telah ditentukan.

Kemudian, kira berapa banyak wang diperlukan untuk memenuhi setiap matlamat tersebut. Jangan pula rasa takut melihat jumlah yang telah dianggarkan. Melainkan mereka yang memang sudah banyak menabung, kebanyakan kita perlu bekerja keras menambah tabungan untuk mencapai matlamat yang diimpikan – dan menambah tabungan boleh juga dibuat melalui pelaburan.

Ok, seterusnya, bagaimana nak capai matlamat kewangan tersebut? Menyimpan wang? Di mana nak simpan wang anda? Ok, anda pasti tahu untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, anda perlu melabur.

Tujuan blog ini serta laman facebook saya, iaitu www.facebook.com/pelaburan  adalah untuk mengajak anda belajar cara bijak untuk melabur supaya mendapat pulangan yang diharap-harapkan bagi mencapai matlamat yang diimpikan. InsyaAllah, dalam posting seterusnya, saya akan share mengenai bentuk program pelaburan yang anda perlu tahu.

Salam  Ceria,
Humaizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...