Tidak Mampu Untuk Bersara

Saya amat sedih apabila membaca laporan The Star hari ini, pada 28 September 2011. Seorang pesara, M. Sawnderen, mendapat umur persaraan beliau datang bukan pada masa yang tepat. Ini kerana, selain daripada mempunyai kereta yang masih lagi perlu dibayar pinjaman kepada bank, beliau juga perlu menanggung 4 orang anak.

Beliau yang berumur 57 tahun tiada pilihan melainkan untuk meninggalkan kampung halamannya di Taiping disebabkan oleh gaji yang rendah di sana.

Beliau yang sebelum ini adalah juruteknik Telekom Malaysia yang pernah memperolehi gaji RM3,000 sebulan dengan kerja lebih masa. Tetapi selepas persaraan, beliau hanya memperolehi kerja dengan hanya gaji RM40 sehari.

Sekarang ini beliau mengendalikan maintentance di salah sebuah apartment di Cyberjaya. Di sana, beliau telah memperolehi gaji sebanyak RM2000 sebulan dengan tempat tinggal disediakan oleh majikan. Keluarga beliau telah berpindah ke sini beberapa bulan yang lalu.

Pendapatan Sawnderen memang masih tidak mencukupi dan beliau terpaksa bergantung kepada simpanan EPF sebanyak RM100,000 yang beliau mengambil setiap bulan sebanyak RM2000.

Kenapa perkara ini berlaku? Saya tidak mahu salahkan beliau, tetapi, rata-rata orang Malaysia, terutamanya yang bergaji rendah dan sederhana, tidak mengambil berat tentang perancangan kewangan peribadi. Ramai yang masih beranggapan orang kaya saja yang perlu merancang kewangan. Satu tanggapan yang salah.

Adakah dengan menaikkan umur persaraan satu penyelesaian? Mungkin ya..mungkin tidak..ianya hanya bersifat sementara sahaja. Selagi kita tidak merancang dari awal kewangan untuk bersara, masalah ini tetapi berlaku. Tambah lagi dengan kadar inflasi yang semakin tahun semakin meningkat.

Jadi, mulakan dari sekarang!! Rancang kewangan untuk persaraan…anda boleh congak samada simpanan EPF mencukupi atau sebaliknya semasa usia persaraan nanti, dan kalau tak cukup, anda perlu tambah simpanan tambahan setiap bulan, ataupun dengan melabur sebahagian daripada simpanan EPF ke Unit Amanah.

Pelaburan KWSP dalam unit amanah memang telah terbukti amat menguntungkan, kerana dividennya adalah lebih jauh tinggi dari dividen EPF.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Pengurusan Kewangan, Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current month ye@r day *