Hari terakhir sebagai pekerja

Foto ini bakal menjadi kenangan yang tidak akan saya lupakan. Hari terakhir saya bergelar seorang pekerja, pada 7 November 2011. Saya meninggalkan jawatan sebagai seorang senior manager di salah sebuah bank terkemuka, dan portfolio terakhir saya adalah Industrial Relations dan Risk Management (HR).

Humaizi Great Eastern

Bukan sesuatu yang mudah, income terakhir RM13k untuk bermula dengan zero. Alhamdulillah, dipertemukan dengan kursus Advance Marketing Power oleh Dr Azizan Osman, dari ratusan teknik yang diajarkan saya ambil beberapa point saja untuk praktiskan.

Apa yang saya lakukan selepas berhenti kerja? Memandangkan saya suka bidang kewangan, saya sehingga kini masih lagi menjadi seorang Unit Trust Consultant dan Perunding Takaful. Saya bermula secara penuh masa pada tahun 2012, dan alhamdulillah setiap tahun saya qualify Trip Percuma dengan Takaful dan Unit Trust company. Kalau tiada aral melintang, tahun depan (2017) saya akan menjadi seorang Group Agency Manager di Great Eastern Takaful.

Bagaimana saya bermula dalam hartanah? Pada awal tahun 2014, saya dipanggil oleh TV1 untuk bersiaran mengenai topik kenapa orang muda sukar miliki hartanah, dan disebabkan oleh saya tiada pengalaman secara langsung (saya sendiri miliki hartanah pertama pada usia 25 tahun).. jadi penceritaan saya secara ‘live’ adalah tidak realistic kerana ianya berdasarkan pembacaan melalui internet saja.

Saya nekad untuk kembangkan bidang kewangan dengan memasuki bidang sebagai Property Negotiator, kerana saya yakin dari sini banyak ilmu yang bakal saya perolehi.

True enough, kerjaya sebagai REN memberikan banyak pendedahan, jauh lebih banyak dari menjadi seorang investor! Kerana kita berada di kedua-dua belah pihak dan bukan hanya pihak yang ingin beli rumah pada harga di bawah pasaran semasa saja!

Percaturan Allah sungguh Maha Hebat, ilmu yang saya pelajari untuk mendapat certified Islamic Financial Planner adalah sekadar atas kertas sahaja, apa yang saya lalui dalam bidang kewangan dan hartanah amat menakjubkan!

Ada yang tanya, bagaimana saya lakukan tiga perkara serentak pada satu-satu masa? Saya berpandangan kita harus mahir dalam teknik marketing, kita harus bijak menggunakan teknologi agar dapat optimise kan masa yang kita semua diberikan Allah sama saja.

Sepanjang saya berhenti kerja, saya TIDAK PERNAH melalui proses marketing di booth pameran, buat cold calling stranger mahupun face to face orang yang saya tidak kenal. Saya gunakan sepenuhnya teknik ONLINE MARKETING dan membina branding.

Alhamdulillah, pembinaan branding saya lebih cepat selepas keluar secara live beberapa kali di TV serta artikel yang ditulis oleh saya disiarkan di Harian Metro dan Berita Harian. Saya tidak kenal sesiapa pun orang dalam TV atau akhbar, hanya kenal rapat dengan mereka setelah dipanggil untuk bersama dalam rancangan tv atau selepas menulis artikel. Ini semua adalah kuasa Allah yang memberikan apa yang kita telah set kan dalam minda.

Sebaik selepas menghadiri kursus Advance Marketing Power oleh Dr Azizan Osman, saya memang tekad menyimpan impian dan matlamat, aku harus bina ‘brand’ diri sendiri, di mana orang panggil kita untuk dapatkan perkhidmatan kewangan (takaful dan unit trust) dan tidak perlu approach stranger! Percayalah, tidak sukar untuk anda lakukan sekiranya anda ada KEMAHUAN dan anda perlu TAHU untuk lakukakannya.

Tanam Impian dari sekarang, mulakan langkah, dan setiap detik yang dilalui adalah lebih bernilai dari emas. Jangan bazirkan masa, teruskan pencarian ilmu dan mentor untuk kita semua berjaya di dunia dan akhirat. ! InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...