Perniagaan Berganda Selepas Bersedekah

Perniagaan

Assalamualaikum..

Saya amat terharu membaca  e-akhbar utusan Malaysia berkenaan dengan seorang ahli perniagaan, Syed Muhammad Gaddafi. Kisahnya mengenai Rezeki berganda selepas sedekah. Harap anda dapat luangkan masa untuk membaca kisah beliau ini.

Meskipun hanya mendapat pendidikan sekadar di tingkatan dua, ia bukan penghalang buat Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. (JMDSB), Syed Muhammad Gaddafi Syed Ali, 39, untuk mengecapi kejayaan dalam dunia perniagaan sehingga berjaya membuatkan nama syarikatnya itu kini dikenali di seluruh negara.

perniagaan

Perniagaan Yang Makin Berkembang...Jamu Mak Dara

Dengan hanya bermodalkan RM500 yang dipinjamkan oleh seorang rakannya enam tahun lalu, beliau kini telah berjaya menjadikan syarikatnya itu memperoleh keuntungan yang mencecah jutaan ringgit.

Katanya, rahsia kejayaannya itu adalah sentiasa yakin dan percaya dengan kemampuan diri sendiri selain reda dengan cabaran yang dihadapi.

“Untuk berjaya seseorang itu hanya perlu menganggap setiap masalah yang datang seperti ‘langau’ yang datang menghurung kita dan tidak perlu kita mempedulikannya.

“Sepatutnya kita tidak berasa tertekan dengan masalah sehingga membuatkan kita mudah berputus asa sekali gus menjadi penghalang untuk kita berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dijemput untuk berkongsi kejayaan syarikat berkenaan pada Seminar Jihad Bisnes anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. di Pusat Islam UiTM, di sini hari ini.

Syed Muhammad yang kini sedang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma Eksekutif dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Malaya itu turut berkongsi pengalamannya yang menerima rezeki berlipat kali ganda sebaik selepas bersedekah kepada seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman suaminya.

“Selepas dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai masalah yang dihadapi wanita itu, saya terus melawatnya di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur dan apabila melihat keadaan wanita itu dan lima anaknya, saya sedih lalu secara spontan menghulurkan bantuan sebanyak RM500 kepadanya.

“Alhamdulillah, selepas itu, saya menerima satu panggilan telefon yang memesan stok produk syarikat saya bernilai RM24,000 dan sejak itu, saya sentiasa bersedekah kerana yakin Allah pasti akan bantu dan melimpahkan rezeki yang banyak kepada kita selepas itu,” ujarnya.

Beliau turut berpesan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan supaya mengamalkan sikap jujur dan ikhlas dalam perniagaan sekiranya mahu berjaya sebagai seorang usahawan serta mendapat rahmat daripada Tuhan.

Perniagaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...