Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog saya. Nama saya Ahmad Humaizi bin Mat Noor. Saya menerima pendidikan awal dan pertengahan di Kelantan dan meneruskan pengajian dalam bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) dan mendapat Ijazah LLB pada tahun 2001 serta  Master in HR Management daripada UUM pada tahun 2010. Memulakan kerjaya di Malaysian Employers Federation selama 6 tahun, seterusnya di Utusan Melayu (M) Bhd, RHB Bank Berhad, Dutch Lady Milk Industries Berhad dan akhirnya di Scope International (M) Sdn Bhd (Subsidiary of Standard Chartered Bank UK Ltd).

Menyedari hakikat kepentingan Pengurusan Kewangan, dan betapa ramai daripada rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang gagal untuk merancang kewangan mereka, saya telah memilih untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang Islamic Unit Trust dan Takaful Consultant. Memandangkan saya juga mempunyai perniagaan berasaskan internet, saya cuba untuk memaksimumkan pengedaran maklumat berkenaan dengan pengurusan kewangan melalui laman web serta blog.

Harapan dan doa saya agar perkongsian ini member manfaat untuk anda semua. InsyaAllah.

Humaizi,
0193726080