Agen Prudential Dalam Dilema

Prudential

Entri blog hari ini saya nak paparkan dilema yang melanda seorang agent prudential. Untuk makluman, sebelum menyertai prudential, saya juga tidak mengetahui tentang perkara yang dikongsi oleh penghantar artikel di bawah ini. Apabila niat ingin menjadi seorang agent takaful, terus terdetik dihati saya Prudential…setelah menduduki peperiksaan CEILI, baru saya ketahui yang kewujudan satu lagi lesen PruBSN, di mana kita tak perlu menduduki exam CEILI tersebut sekiranya tidak mahu menjual produk bukan Shariah.

Objektif saya bukannya untuk  menjual produk-produk non-shariah..dah sah2 produk tu memang haram..tapi itulah yang berlaku kepada saya semasa mula-mula melibatkan diri dengan prudential. Tapi kini saya telah berhijrah ke Great Eastern takaful, atau i-Great, iaitu Takaful sepenuhnya..

Selain daripada Prudential Life, ada beberapa Syarikat Insurans Hayat yang mempunyai lesen takaful seperti  AIA, Am Assurance, CIMB Assurance, Etiqa,  Great Eastern,  Hong Leong ,  HSBC Life,  ING. Bagi agent insurans syarikat hayat ini yang ingin menjual produk takaful, mereka perlu mengambil peperiksaan tambahan, iaitu TBE.

Namun begitu, ada dua Syarikat iaitu, Pru-BSN dan Great Eastern Takaful telah menubuhkan Agensi Takaful Secara Solo tanpa bergabung dengan syarikat insurans hayat. Dengan menyertai kedua-dua syarikat ini, agent hanya perlu mengambil peperiksaan TBE sahaja, tetapi boleh memasarkan semua produk Takaful Keluarga.

Ok, artikel yang saya nak paparkan di sini adalah BUKAN dari HASIL IDEA saya, tetapi dari petikan dari artikel yang diambil dari Harakah Online pada 11 Jan 2012. http://myharakah.net/aduan71.php

Agen Prudential dalam dilema

SAYA seorang agen insurans daripada Prudential Assurance (M) Bhd- Prudential. Saya telah menjadi agen selama lebih dua tahun. Saya juga mempunyai lesen untuk menjual produk Takaful melalui Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN). Masalah yang saya hadapi, yang juga masalah kebanyakan agen Prudential ialah, kami telah pun menyertai Prudential untuk menjadi agen, sedangkan pada mulanya kami menyangka kami menyertai PruBSN.

Gelombang kesedaran Islam yang melanda dunia umumnya dan negara khususnya telah menyebabkan ramai di kalangan masyarakat khususnya umat Islam ingin bertukar kepada Takaful dan sistem perancangan kewangan Islam. Jadi, ramai yang merasa terpanggil dengan kesedaran ini pun ingin memulakan langkah untuk memenuhi keperluan itu, sekali gus mengorak langkah untuk kebebasan kewangan sendiri.

Masalahnya, bila kami menyertai Business Oportunity Presentation – BOP, penceramah yang akhirnya menjadi bos kami cukup pandai mengolah dan menunjukkan peningkatan PruBSN di dalam industri Takaful negara.

Bila kami mendaftar, barulah kami tahu bahawa kami sebenarnya agen Prudential, bukannya PruBSN! Malah lebih teruk lagi, kami terpaksa menunggu lesen itu, kami disaran menjual produk konvensional terlebih dahulu! Bagi saya ini memang tidak munasabah, seolah-olah menyuruh orang yang menunggu nasi yang sedang dimasak, supaya makan najis terlebih dahulu untuk melapik perut!

Alhamdulillah sekarang saya sudah mempunyai lesen Takaful, dan menjual produk-produk Takaful. Tetapi saya ada beberapa persoalan di sini:

Walaupun kami menjual produk Takaful sahaja dan komisen kami dibayar oleh PruBSN, tetapi segala ‘recognition’ yang kami terima contohnya percutian ke luar negara dan Star Club kami masih dibayar oleh Prudential. Ini menyebabkan kami masih mendapat wang hasil yang syubhah (untuk menggunakan istilah yang paling lembut) atau lebih tepat lagi, haram.

Disebabkan saya mempunyai dua lesen, agen-agen di bawah saya juga mempunyai dua lesen. Jadi, mereka bebas menjual produk sama ada Takaful atau konvensional. Apa yang saya risaukan ialah apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sekarang, saya mampu mendidik mereka dan mengawal mereka daripada menjual produk konvensional, tetapi apakah nasib sekiranya nanti agen saya terlalu ramai; atau saya sudah tiada.

Jika saya sudah berjaya menjadi pengurus nanti, selagi kod agen saya masih hidup saya akan mendapat ‘overriding’ daripada mereka juga. Maknanya, ada kemungkinan saya masih mendapat ‘overriding’ daripada agen bawahan saya yang menjual produk konvensional walaupun saya sudah masuk kubur! Saya bukan arif, tetapi saya teringat ayat hadis yang menyatakan setiap daging yang tumbuh daripada rezeki yang haram, maka nerakalah tempat paling sesuai baginya!

Alhamdulillah, dalam Prudential sekarang ada agensi yang menerapkan nilai-nilai keislaman seperti solat Subuh dan Dhuha berjemaah. Dan mereka menjual Takaful sebagai produk utama mereka. Tetapi bagi saya masih tertakluk kepada permasalahan yang saya sebutkan di atas.

 

Lagi satu, saya rasa kurang enak bila rakan-rakan seagensi saya (yang beragama Islam) dengan selambanya menjual produk-produk konvensional, sama ada disebabkan tidak kisah, atau ingin mencapai target. Malah ada yang mengutuk dengan mengatakan Takaful adalah mahal, lembap dan sebagainya.

Harap para pembaca yang arif dapat membantu memecahkan kebuntuan yang bersarang dalam kepala saya sejak mula menyertai industri ini. Kalau hendak ikutkan hati, saya boleh keluar dan menjadi agen secara langsung di bawah PruBSN sahaja, dan hanya menjual produk Takaful. Dan ‘recognition’ pun dibayar mereka. Tetapi, saya sayang untuk meninggalkan pelanggan-pelanggan setia (juga komisen) saya!

Apakah tindakan terbaik yang patut dilakukan kami bukan sahaja di dalam Prudential, tetapi juga syarikat insurans lain yang juga memiliki dua lesen, seperti Great Eastern, Hong Leong, MAA dan sebagainya. Saya tidak mahu lagi syarikat kewangan konvensional mengambil kesempatan di atas gelombang kebangkitan Islam dan mencucuk jarum-jarum halus mereka.

Prudential

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Takaful, Umum. Bookmark the permalink.

22 Responses to Agen Prudential Dalam Dilema

  1. Yusuf says:

    Assalamualaikum sahabat,
    saya jugak merupakan agen prudential..baru berkecimpung dalam bidang ini..saya pun dapat nasihat dari seorang agen iaitu jgn libatkan diri dgn insurans yg konvensional.. stay pd yg takaful sahaja..so Alhamdulillah,setakat ni saya just buat yg takaful shj..harap moral sahabat tidak down dgn reward atau pun trip yg diberikan oleh pihak konvensional sedangkan kita waswas dgn sumbernya..itu adalah pemberian dari syarikat yg kita sendiri tak pasti adakah 100% duit itu haram..sebab bab hukum ni bukan benda yg kita bole suka2 khilaf..kita ambil perumpamaan lain..sekiranya org kafir menderma duit kepada org muslim tapi kita tak pasti sumber itu dari mana,adakah kita bole terima atau tidak?..adakah sahabat pasti yg reward yg sahabat dapat itu 100% halal dari great eastern takaful??so..yg penting apa niat kita sbg agen insurans..nak sharing or nak jadi kaya raya?? harap pendapat saya ini dijadikan tauladan bersama..Inshallah…walahualam..

    • admin says:

      Salam Yusof…terima kasih atas pandangan yang diberikan. semoga anda berjaya dan kaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

      • Farhan says:

        Assalamualaikum,

        Saya juga seorang agen prudential (partime) yang lebih menumpukan kepada jualan takaful. Terdapat juga client saya yang inginkan insuran konvensional kerana memberi pulangan yang lebih tinggi kepada mereka, walaupun telah dinasihati dari segi hukum, mereka tetap ingin memilih insurans dari takaful. Sebagai agen adakah kita perlu menolak client tersebut, apatah lagi jika mereka seorang sahabat. Perkara sama juga akan berlaku jika client kita berbangsa Cina atau India yang inginkan produk Prudential.

        Untuk makluman saudara saya seorang penjawat awam yang menerima gaji dari Kerajaan setiap bulan. Persoalannya adakah duit yang diterima kerajaan 100% dari hasil yang halal? Kerajaan menerima berbagai-bagai hasil cukai yang puncanya dari unsur halal dan juga haram seperti cukai jualan arak dan judi. Hasil cukai inilah yang digunakan untuk pembangunan negara juga perbelanjaan mengurus (gaji penjawat awam). Menerima gaji dari Kerajaan adalah halal tetapi punca hasil Kerajaan terdapat unsur yang syubhah, jadi bolehkah dikatakan gaji yang diterima tidak 100% halal..? Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja dengan hotel & pasaraya yang turut menjual minuman keras, adakah mereka juga menerima gaji dari hasil yang haram..?

        Saya ingin berkongsi nasihat yang telah diberikan kepada saya oleh seseorang, yang menyatakan Islam itu lengkap, memudahkan dan tidak memudaratkan. Dalam isu pendapatan, kita kadangkala tidak dapat lari dari situasi yang disebutkan di atas. Oleh yang demikian Islam telah mensyariatkan umat Islam membayar ZAKAT bagi punca pendapatan, perniagaan juga simpanan yang jarang sekali dititikberatkan oleh Muslimin Muslimat kecuali fitrah.

        Firman Allah SWT yang bermaksud: Ambillah zakat dari sebahagian
        harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan…
        (at-Taubah:103)

        Mungkin ini adalah salah satu jalan atau cara bagi kita untuk merungkai permasalahan tersebut. Selebihnya kita bertawakkal kepada Allah sahaja kerana niat utama kita sebagai agen prudential untuk mencari rezeki (yang halal) bagi menyara keluarga. Islam menggalakkan kita menjadi kaya kerana dengan menjadi kaya kita akan membayar zakat yang akan diagihkan kepada asnaf yang berhak seterusnya memajukan ekonomi umat Islam. Jesteru, tidak salah jika kita ingin menjadi kaya dengan menjual takaful dengan syarat kita mengagihkan sedikit kekayaan yang kita perolehi kelak dengan cara berzakat kepada yang memerlukan. Saudara juga perlu menasihatkan agen-agen di bawah saudara agar mereka mengutamakan takaful dan seterusnya mereka menyampaikan kepada mereka yang lain. Setidaknya kita telah melaksanakan tugas kita untuk menyampaikan yang benar, selebihnya urusan Allah s.w.t.

        Saya berharap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu saudara serta mereka yang lain untuk meneruskan kerjaya yang telah dipilih. Kita patut bersyukur kerana setidaknya kini terdapat banyak pilihan takaful di pasaran Malaysia, ini menunjukkan peluang untuk memajukan ummah mengikut syariah terbuka luas daripada cara yang konvensional…Pengetahuan agama saya tidaklah setinggi mana, saya hanya berkongsi sesuatu yang baik. Saya memohon maaf jika terdapat kata-kata saya yang tidak menyenangkan pembaca. Terima kasih.

        • admin says:

          Salam…semestinya anda tahu apa yang terbaik untuk anda dan family…saya hanya copy paste artikel dari harakah saja…

          • Saiful says:

            “walaupun telah dinasihati dari segi hukum, mereka tetap ingin memilih insurans dari takaful. Sebagai agen adakah kita perlu menolak client tersebut, apatah lagi jika mereka seorang sahabat. Perkara sama juga akan berlaku jika client kita berbangsa Cina atau India yang inginkan produk Prudential’

            Memamng menjadi kewajipan kita untuk mempromosikan muamalah Islam.Dan menjadi KEWAJIPAN sebagai seorang muslim dan agen takaful untuk menyeru mereka ke jalan yang diredhai Allah. Persoalan mereka yang ingin memilih produk insuran tidak boleh dijadikan alasan untuk kita menjual produk konvensional kepada mereka.” Takutkan Allah dari takutkan makhluk”… Contoh mudah…Jika kita bekerja di hotel…seorang kawan kita meminta sebotol arak untuk diminum…sedang kita memberitahu arak itu HARAM…memmabukkan..tetapi kawan kita tetap inginkan juga arak tadi…sedangkan di sana ada fresh oren..apple juice dan lain2 yang halal…adakah atas dasar menjaga persahabatan kita tetap memberikan sebotol arak kepada rakan-rakan kita…? Jika rakan kita seorang India pula…adakah kita tetap akan bekalkan sebotol arak juga kepadanya…disebabkan dia non muslim…? Jika itu berlaku…sampai bila mereka akan menerima hidayah dari Allah…? bahkan lebih teruk lagi kita turut bersekongkol dan menyesatkan mereka…

  2. Irdina says:

    Sebenarnya, perlu diteliti ayat berikut :-

    “Disebabkan saya mempunyai dua lesen, agen-agen di bawah saya juga mempunyai dua lesen. Jadi, mereka bebas menjual produk sama ada Takaful atau konvensional. Apa yang saya risaukan ialah apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sekarang, saya mampu mendidik mereka dan mengawal mereka daripada menjual produk konvensional, tetapi apakah nasib sekiranya nanti agen saya terlalu ramai; atau saya sudah tiada.

    Jika saya sudah berjaya menjadi pengurus nanti, selagi kod agen saya masih hidup saya akan mendapat ‘overriding’ daripada mereka juga. Maknanya, ada kemungkinan saya masih mendapat ‘overriding’ daripada agen bawahan saya yang menjual produk konvensional walaupun saya sudah masuk kubur! Saya bukan arif, tetapi saya teringat ayat hadis yang menyatakan setiap daging yang tumbuh daripada rezeki yang haram, maka nerakalah tempat paling sesuai baginya!”

    Permasalahan yang timbul ialah akan datang iaitu ketika ejen bawah yang tak kisah menjual insurans & bukannya takaful.

    Jadi jalan terbaik ialah sertai agensi yang hanya ada lesen takaful sahaja.

  3. assalamualaikum.

    actually masalah agent nie boleh diselesaikan dengan cara hanya bagi kod agent setelah mereka ada dua lesen…iaitu PCE & TBE…confirm tak dapat jual product investment-link dari Prudential… (^^,)

    selesai masalah… =)

  4. Hjh says:

    Assalam saudara ku, ada 13 takaful diMsia. Cuma ada 2 sj yg betul2 100% amal Takaful (tiada insuran konvensional). Insuran & Takaful adalah 2 perkara yg berbeza sbb bila Akta berbeza bermakna cara perlaksanaan juga berbeza. Simpati dgn apa yg saudara alami, sy terpanggil utk membantu. Email details saudara kpd saya. Mmg benar, insuran konvensional itu melanggar Syariah kerana terdapat 3 unsur iaitu riba, gharar dan maisir.

  5. sham says:

    salam..
    sesiapa yang tahu ttg sistem insuran yg dijalankan oleh prudential dan juga takaful PRUBSN? sila ceritakan dengan detail..
    apa perbezaan antara keduanya??
    apa beza dengan prulink one dengan takafulink??

    kata ustaz azhar”produk islam dalam perbankan kat malaysia ni pun jarum YAHUDI jugak…sebab harganya mahal, servis lambat, dll”.. sedangkan ISLAM bukan agama menzalimi atau memayah2kan umatnya.. fikir2kan…sejauh mana halalnya takaful kat malaysia?? sbb ada setengah takaful yg ada medical card dan bentuk bayaran utk bahagian medical card tu hanggus..bukankah itu riba??? sedangkan medical card sangat perlu memandangkan keadaan sekarang ni kos perubatan terlalu tinggi…contohnya: oprid apendik pun mencecah RM6000.00 keatas… by pass jantung pun pun tak kurang RM45,000.00 kat IJN..kalu ampang putri RM70,000.00…kalu nak tunggu duit klim…jawabnya lambat…terpaksalah guna medical card…boleh cepat bayar bil.. harap siapa boleh jelaskan semua persoaalan saya diatas… tqvm..

  6. Pingback: Agent Takaful Dengan Great Eastern Takaful | Rancang Kewangan Anda

  7. megat says:

    Salam En Sham,
    Alhamdullah semakin ramai orang kite sedar kepentingan insurans dan takaful.

    untuk persoalan En Sham td, pru linkone adalah product konvensional dan Takafulink adalah produk takaful.

    untuk soalan yg kedua pula, saya tidak pasti kenapa Ustaz Azhar cakap begitu dan alasan yg mengatakan takaful itu lembap, mahal dn sbgnye adalah tidak benar..

    Agen insurans yg lebih berpengalaman akan menerangkan apa maksud takaful. Insurans konvensional mengunakan konsep `memindahkan` risiko manakala konsep takaful `berkongsi` risiko. oleh itu bila kita berkongsi risiko, oleh itu wang yg dibayar oleh saudara untuk medical card akan di masukkn didalam akaun/tabung dimana wang yg dikumpul akan di beri kepada peserta insurans yg mendapat malapetaka. Konsep ini seperti konsep menderma. saya harap En Sham faham penerangan saya.

  8. megat says:

    kepada puan Hajjah,
    Saya harap puan tidak membuat penyataan yg misleading seperti ayat `ada 2 sj yg betul2 100% amal Takaful`.

    sperti yg puan nyatakan diatas, ada terdapat 13 syarikat yg mempunyai lesen takaful. Semue syarikat ini diperiksa dan disahkan oleh badan berkanun yg sama.

    Jika puan meragui 11 syarikat yg lain, sedangkan pihak yg same memberikan lesen yg sama kepada baki 2, tidakkan puan rase ayat puan bercanggah?

  9. shidah says:

    assalamualaikum pn hajah,
    bukan senang nak dptkan lesen takaful, bukan mcm nak ambik lesen menjaja di majlis perbandaran…bank negara akan memeriksa dari semua segi, semuanya perlu syariah compliance sebelum BNM meluluskan lesen takaful. so, Tak perlu diragui , semua syarikat takaful adalah mendapat lesen dari BNM mengikut lunas2 islam dan lebih tepat syariah compliance. sekian utk maklumat.

    • admin says:

      Siapa lah kita untuk mempertikaikan syarikat Takaful…tiada istilah takaful 100% kerana semua syarikat takaful diberikan lesen mmg takaful 100%. Puan Hajah perlu sentiasa sematkan di hati..musuh kita adalah Insurans Konvensional…bukannya rakan-rakan dari syarikat takaful lain…kita ini ibarat adik beradik..kenapa kita perlu bermusuh-musuhan dan memperburukkan antara satu sama lain? Bila kita cuba burukkan syarikat lain…client hanya akan nampak keburukan yang ada pada diri kita..iaitu..perasaan hasad dengki, takut, risau, geram sebab risaukan kita tak boleh menjual produk. Bila kita ikhlas buat dakwah ekonomi Islam…tiada niat di hati kita untuk burukkan syarikat takaful lain…

      Saya masih pelik dengan marketing style agent-agent tidak beretika dari dua syarikat takaful, iaitu Takaful Malaysia dan Takaful Ikhlas…yang menggunakan sentimen takaful lain adalah takaful bukan takaful (malah ada prospek saya bagitahu selain dari 2 takaful ini..haram kata agennya..MasyaAllah)….seolah-olah mereka ni berkelulusan lebih tinggi dari Shariah Committee Syarikat takaful dan juga Shariah committee bank negara, kerana menghukum syarikat takaful lain dengan bukan takaful 100%…

      • abdullah says:

        Sy pn naik heranlah dgn agen2 TM dan TI..btl2 xberetika marketing mereka..malangnya sy sbg agen TI,turut merasa tempiasnya..tp sy tetap bangga dgn keagenan sy di TI..patuh syariahnya cukup2 dijaga..xperlu risau campur-aduk takaful + insurans nyawa..setiap pagi jumaat ada kuliah di HQ..dan yg bestnya komisyen agen tahun pertama 35%..betapa bersungguh2nya sykt nak bagi agen capai target dan naik pangkat cepat..dan yg paling sy bangga,perkataan takaful diutamakan,dihargai dan diangkat tinggi2 oleh sykt..sbb tu perkataan takaful di depan..Takaful Ikhlas..kalau sykt tukar nama jadi Ikhlas Takaful,sy sekeh2 tokeynya nnt..tp sy pun naik heran jgk,dah ada sykt takaful yg berasal dari negara tanah tumpah,dimiliki oleh bangsa sendiri,masih jgk org2 kita cari dan join sykt2 luar,yg entah dari bangsa bekas penjajah mana,umat mana..dahla negara mereka dah maju,dari dulu sampai ke sekarang duk sembelih sedara-mara kita seIslam..sykt diorg jgk yg org2 kita join..mungkin org2 kita berniat baik utk membantu sykt takaful yg berasal dari negara2 luar,sbb negara mereka sedang mengalami krisis ekonomi dan kewangan yg dahsyat..baguslah tu..bantulah negara2 tu supaya mereka mampu berdiri dgn gagahnya utk terus-menerus menyembelih sedara-mara kita ..alangkah baiknya umat Islam pakat2 bantu sesama bangsa,umat Islam sendiri..Ini tak,kita bantu plk musuh..

        • admin says:

          Kalau kita baca komen encik Abdullah..sebenarnya agent macam encik abdullah ini adalah perosak industri takaful di Malaysia dan membuatkan prospek lari dari takaful..beliau telah memburukkan adik beradik sendiri…untuk pengetahuan encik Abdullah, musuh kepada kita sebagai agent takaful adalah INSURANS KONVENSIONAL dan bukannya rakan-rakan dari Syarikat takaful yang lain..namun bila saya baca statement encik Abdullah, saya yakin, dengan sikap sebegini, tidak mustahil encik abdullah juga mempunyai perasaan buruk kepada rakan-rakan dari TI sekiranya mereka lebih berjaya dari beliau.

          • abdullah says:

            Maafkan sy kerana memberi komen sedemikian.. Mungkin sy termasuk dlm salah seorg agen TI yg xberetika itu. Tetapi kalau tuan2 baca betul2 apa yg sy maksudkan secara lebih luas dan mendalam,sy yakin tuan2 akan memahaminya..Biasalah akhir zaman..sesuatu yg baik dipandang xbaik,manakala sesuatu yg xbaik dipandang baik..Demikianlah dikhabarkan kemunculan imam mahdi di dlm situasi dan keadaan yg dipandang xbaik..dan pada waktu itu kalau ditakdirkan umur kita sampai pd zaman itu,adakah kita akan berbaiah,mengikut dan menyokongnya..kalau bab takaful pun kita fail..Memanglah fishball yg dibuat oleh kilang cina dijamin halal oleh Jakim..tetapi apa salahnya kita membeli fishball yg dibuat oleh sedara seIslam kita yg turut dijamin halal oleh Jakim..Kita bantu,sokong dan majukan perniagaan sedara kita yg masih jauh ketinggalan dek bangsa yg bkn Islam apatah lagi bangsa bkn Islam di luar negara.Itulah yg sy maksudkan..Kita pakat2 bantu Takaful Malaysia,pakat2 tolong Takaful Ikhlas..Org kita,bangsa kita,seagama dgn kita yg hanya menjalankan sistem perlindungan kewangan Islam iaitulah takaful..secara automatik kita pakat2 membantu memajukan agama,umat Islam dan negara kita. Itu baru penangan Takaful Malaysia memperkenalkan takaful sbg alternatif perlindungan kewangan kpd umat Islam di negara ini sbg ganti insurans nyawa yg haram itu dan diikuti oleh Takaful Ikhlas. Habis merudum insurans nyawa sykt2 insurans asing..Selepas pada itu maka berebut2lah sykt2 insurans nyawa ini cuba mendapatkan permit dan lesen utk memasarkan takaful..Nasib baik negara kita baik hati meluluskannya..kalau tidak sykt2 insurans nyawa ini dah lama melingkup gulung tikar bersama2 negara2 mereka sendiri..yg mana sbg mana yg kita sama2 sedia maklum,ekonomi negara2 tempat asal sykt2 insurans nyawa ini masih tgh nazak..Entahlah,apalah yg org2 kita nampak sebenarnya..Org bkn Islam yg memasarkan produk patuh syariah pun dipandang baik dan lebih memelikkan lagi org kita yg memasarkan produk xpatuh syariah disamping produk patuh syariah pun dipandang xape dan xkesah..Sykt2 insurans nyawa tu bkn sykt kita pun..bkn sykt bangsa sedara seIslam kita pun..Apa yg kita nak sebenarnya..Apa salahnya kita pakat2 berhijrah dari sykt2 insurans nyawa dan yg bernaung dgnnya ke sykt Takaful Malaysia dan Takaful Ikhlas..biar membesar sykt2 ini..biar bertenaga sykt2 ini..biar menjadi gergasi kewangan Islam..biar menjadi legasi di seluruh dunia..biar menjadi tapak,pentas dan landasan yg kukuh utk kebangkitan Islam yg terakhir nnt..Tolonglah Islam..Tolonglah umat Islam..Jgnlah tolong org bkn Islam yg mengambil kesempatan,peluang dan keuntungan atas nama Islam dan dlm masa yg sama mereka menentang Islam dan menyembelih umat Islam!

  10. abdullah says:

    Sy rela menjadi agen takaful yg “xberetika” drp menjadi agen takaful yg bernaung dgn sykt insurans nyawa yg menjual produk insurans nyawa disamping produk takaful..Berapa ramai umat Islam yg menjadi korban insurans nyawa haram oleh agen2 takaful dan insurans sykt2 insurans nyawa sampai ke hari ini walaupun sudah ada alternatif takaful..adalah terlebih baik kalau tuan2 memerangi dahulu agen2 takaful yg seangkatan dan sesyarikat dgn tuan2 yg menjual produk2 insurans nyawa drp tuan2 memerangi agen2 takaful TM dan TI yg tuan2 dakwa “xberetika”..Apa guna industri takaful? Sbg agen takaful,apa yg tuan2 lakukan terhadap pelanggan2 sykt insurans nyawa yg tuan2 bernaung,yg sudah pun memiliki insurans nyawa? Tidakkah tuan2 simpati dgn nasib sedara seIslam tuan2 yg sudah pun memiliki insurans nyawa haram..insurans etiqa,prudential,AIA,GE,AM dll..yg bakal didakwa di mahkamah rabbul jalil atas tuduhan riba,gharar dan maisir. Atau komisyen,bonus,promotion dll dari sykt tuan2 yg tuan2 utamakan? Dan perkara ini tidak akan selesai selagi masih ada agen2 takaful yg bernaung dgn sykt2 insurans nyawa yg masih menjual produk2 insurans nyawa haram..sbb itu lahirnya agen2 takaful yg tuan2 dakwa “xberetika” itu..tuan2 blh siasat kalau tuan2 nak buktinya..malah tugas harian tuan2 sbg agen takaful sudah pasti membuktikannya..setiap hari tuan2 pasti akan menemui bukti2nya,umat Islam yg xtahu apa2 ttg insurans dan takaful,menjadi korban insurans nyawa oleh agen2 takaful yg bernaung dgn sykt2 insurans nyawa.. kata kuncinya cukup senang dlm bab perlindungan kewangan..takaful untuk umat Islam manakala insurans nyawa untuk org yg bkn Islam!

  11. wan says:

    Assalam..bagi saya terpulang kepada individu, baik bg Agent mahupun customer! Bagi saya xde mane2 institusi yg betul2 bersih dlm dunia ni, termasuk malaysia. Mgkin saya jahil dr bab agama, sbb kalau nk kupas mmg x akan cukup masa & memerlukan Ilmu yg benar2 tinggi dlm bab agama ni.Mcm saya, dulu pernah buat part time dgn TI, mula2 ok..tp lama2 customer demand nk medical card yg byk coverage, so sy pindah GE. Sy x boleh cr mkn klau Com x bole nk bg kehendak customer..alhamdulillah GE dh ada Takaful, bg saya GE takaful adalah Entiti yg berbeza dgn Convesional. Cuma, kdg2 sy kena letakkan Vision bfore Commission bcoz Takaful Quo lebih tggi dr Conv! I put my legs into my client shoe..klu diaorg x mampu nk buat mcm mane..sometime kena bg jugak yg Conv. Nawaitu kita nk bantu mereka sekiranya mereka susah @ sakit. Sama juga tujuan mereka adalah utk kebaikan diri mereka sendiri. Kalau kata lah mereka xde Ins @ Takaful, meninggal dunia, byk hutang yg tggl pada family mereka..pastu xleh bayar, perkara tu jd halal @ haram?? sape yg tanggung dosa? so, kalau ada Ins @ takaful mgkin mereka boleh byr apa2 comitment yg ditinggalkan…wallahualam!

    • aish adora says:

      saya setuju dengan pandangan tuan berhubung dengan perkara ini. pada saya, sbg ejen insurans, sy cuma nk tolong org yg saya jumpe supaya mereka dilindungi. dilindungi dlm erti kata kemudahan kpd mereka utk mendapatkn perkhidmatan perubatan yg lebih baik. bg produk konv yg sy jual, prospect blh pilih dana islamik. saya sama sekali tidak menolak takaful, tetapi kebanyakan prospect ada kekangan kewangan, walhal ingin mendapatkn manfaat perlindungan yg lebih. semoga Allah murahkan rezeki prospect2 yg bakal saya jumpa supaya mereka tidak rase terbeban utk memiliki produk takaful. ya pada kita yg ade wang lebih mmg rase bukan mhl sgt pon, tp mereka yg merasa….

      cadangan saya, mengapa produk takaful n konv tidak menawarkn manfaat yg sama??

      cth:
      produk konv: rm100 setiap bulan faedah A, B, C, dan D
      produk takaful: rm100 setiap bulan faedah A, B, C, dan D

      jika ini senario yg berlaku, tetapi prospect masih memilih produk konv, maka pada tahap ini baru saya salahkn prospect mengapa tidak memilih takaful??

  12. Pingback: Sertai Kami di Great Eastern Takaful | Great Eastern Takaful

  13. Pingback: business zakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current month ye@r day *