Agent Takaful Dengan Great Eastern Takaful

Takaful

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ahamdulillah, ramai juga yang mengunjungi blog ini menghubungi saya bertanyakan tentang lebih lanjut tentang prosedur untuk menjadi seorang agent takaful dengan Great Eastern Takaful. Ramai juga yang bertanya, kenapa logo GE Takaful dalam business card saya tiada gambar singa tetapi gambar pelangi?

Untuk pengetahuan anda, saya mewakili Great Eastern Takaful Sdn Bhd dan bukannya Great Eastern Life Assurance Malaysia. Kedua-dua syarikat ini adalah dari dua entiti yang berbeza, di mana Great Eastern Takaful Sdn Bhd (GETsb) hanya memasarkan produk Takaful sahaja, manakala Great Eastern Life Assurance memasarkan produk Konvensional dan Produk Takaful. Dengan kata lain, saya dan rakan-rakan adalah GE Takaful Own Agency atau kami namakannya sebagai GOA.

Untuk pengetahuan anda, selain dari GE Life, ada beberapa syarikat Insurans lain yang membenarkan agent-agent mereka menjual produk Takaful setelah lulus exam Takaful Basic Examinations. Namun begitu, ada sedikit persoalan yang patut dibangkitkan bagi anda seorang Muslim yang ingin memperjuangkan ekonomi Islam, iaitu tentang kontrak agensi dengan Syarikat Insurans dan bukannya dengan sebuah syarikat takaful.

Jadi, isu sebegini harus dititik beratkan oleh anda yang berminat untuk menjadi agen takaful kerana dengan menyertai syarikat yang 100% memasarkan produk takaful, seperti GE Takaful Sdn Bhd, PruBSN Sdn Bhd, Takaful Ikhlas, MAA Takaful, anda hanya perlu lulus SATU exam sahaja, iaitu Takaful Basic Examination.

Sekiranya anda menyertai Syarikat Insurans Konvensional (Life Assurance), anda mungkin dibenarkan untuk menjual produk takaful, tetapi anda terlebih dahulu disyaratkan untuk lulus exam peperiksaan Prakontrak Untuk Ejen Insurans (Pre-Contract Examination for Insurance Agents) serta  peperiksaan The Certificate Examination in Investment-Linked Life Insurance (CEILI) yang mana mereka boleh menjual produk berkaitan pelaburan, selain menjual polisi insurans hayat.  Ejen yang lulus harus berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) bagi ejen insurans am dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) bagi ejen insurans hayat. Melalui cara ini mereka akan memperoleh lesen ejen yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan mereka.

Persoalannya, kenapa anda perlu menduduki 2 Exam lain, iaitu Pre Contract Exam for Insurance Agent dan CEILI sekiranya anda memang tiada langsung mempunyai niat untuk menjual produk konvensional? Bukankah niat kita memasarkan produk Takaful untuk meningkatkan Sistem Muamalah Islam, jadi adalah lebih baik kita hanya berdaftar dengan Syarikat Takaful 100% seperti GE Takaful, PruBSN, MAA Takaful, Takaful Ikhlas tanpa perlu mengikat komitmen dengan Syarikat Life Insurance?
Jadi, tepuk dada tanya Iman..anda tidak perlu susah-susah untuk sit for 3 exam untuk jadi agent Takaful… 1 Exam saja sudah mencukupi, iaitu Takaful Basic Examination. Kos lebih rendah (di dunia), dan yang pastinya, untuk jangka masa panjang, anda tidak perlu risau untuk menerima komisyen dari kumpulan anda yang mungkin tersasar dan tergoda untuk menjual produk konvesional.
Salam Ceria,
Humaizi, Unit Manager
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
019-3726080

 

Takaful

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...