Lindungi Hutang Dengan i-Great Teras

Produk Takaful GE Takaful Sdn Bhd

 

GREAT Eastern Takaful Sdn Bhd (GETSB) tampil dengan produk perlindungan asas untuk semua peringkat melalui i-Great Teras sekali gus menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 orang akan melanggannya menjelang 2013.

 

Ketua Pegawai Kewangannya, Zafri Ab Halim berkata, i-Great Teras adalah pelan yang mudah, mampu bayar dan mengandungi perlindungan asas terbaik di mana ia boleh didapati RM25 sebulan.

 

 

takaful

Sidang Akhabr semasa pelancaran produk i-great teras

 

Katanya, manfaat pelan takaful itu juga boleh digunakan untuk membantu melangsaikan hutang seperti pembiayaan perniagaan atau peribadi, hutang kad kredit, gadai janji dan pinjaman melanjutkan pelajaran.

 

“Melalui pelan ini juga, kami menjangkakan ia dapat menyumbang sekurang-kurangnya RM2 juta kepada jumlah pendapatan syarikat dan paling penting kita mahu semua masyarakat mendapat perlindungan tambahan dengan harga mampu milik.

 

 

“i-Great Teras ini sudah pun boleh didapati melalui perunding takaful kami, di mana sekarang terdapat 5,000 orang di seluruh negara dan kami merancang menambah bilangan perunding kepada 1,500 menjelang tahun depan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan i-Great Teras di Kuala Lumpur, semalam.

 

 

Menurutnya, i-Great Teras juga adalah pelan takaful keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang matang sehingga umur 70 tahun hari lahir berikutnya berserta manfaat perlindungan takaful keluarga dan 100 peratus daripada keuntungan pelaburan (jika ada) daripada Dana Tabarru’.

Takaful

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Takaful. Bookmark the permalink.

2 Responses to Lindungi Hutang Dengan i-Great Teras

  1. Anddy Paul Edward says:

    Salam..Saya teringin bertanya,takaful ini di kawasan serawak di mana kh cawangan di buka,dan juga saya ingin tahu mengenai cara permohonan nya,saya sekarang bekerja di Brunei Darussalam dan saya juga mempunyai masalah kewangan iaitu beban hutang saya,macam mna kah kira nya saya memohon dari syrkt ini ? Dan saya juga mempunyai 2 orang anak yg harus saya tangung..saya berharap pihak tuan dapat memberi kan saya maklumat tentang takaful ini..atau yang lebih mudah hubingi lah saya melalui pesasnan ringkas@sms kat +6738867076..

  2. Pingback: Produk Baru Great Eastern Takaful

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current month ye@r day *