Menabung Untuk Pendidikan Anak-Anak

Great Eastern Takaful

Salam,

Pendidikan anak-anak adalah salah satu perancangan kewangan yang perlu bermula sejak awak lagi. Ramai dikalangan ibu bapa telah membeli pelan pendidikan untuk anak-anak mereka dengan menabung dan menyimpan di dalam unit trust ataupun takaful. Sesuatu yang baru dari Great Eastern Takaful, iaitu Orang ramai kini bukan hanya berpeluang membeli pelan pendidikan kanak-kanak I-Great Iqra’ keluaran Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GET) untuk mereka sendiri tetapi juga mendermakannya kepada pihak lain.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, ini bermakna para dermawan boleh mengambil pelan ini atas tujuan kebajikan untuk diberikan kepada mereka kurang berkemampuan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

“I-Great Iqra’ merupakan pelan pendidikan pertama dalam industri yang membolehkan sesiapa sahaja menyertainya untuk kanak-kanak. Sebelum ini, pelan tersebut hanya boleh disertai oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka sahaja.

“Ia turut memupuk usaha kebajikan dalam masyarakat dengan individu atau organisasi boleh menaja mana-mana anak yatim atau rumah-rumah kebajikan.

“Pelan ini juga membenarkan keluarga terdekat atau rakan-rakan memberikan hadiah kepada kanak-kanak dalam bentuk pelan pendidikan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran I-Great Iqra’ di sini hari ini.

Tambah Mohamad Salihuddin, pelan itu juga membantu ibu bapa memastikan masa depan anak mereka lebih cerah kerana ia memberikan nilai pelaburan tinggi di samping perlindungan dan fleksibiliti.

“Ia turut direka untuk menggalakkan anak-anak cemerlang dalam bidang akademik dengan GET akan memberikan ganjaran kepada keputusan cemerlang bagi peperiksaan besar.

“Memandangkan kos pendidikan yang semakin tinggi, produk baharu ini direka dengan eleman simpanan memberangsangkan dan memberikan perlindungan takaful.

“Pelanggan juga layak mendapat pengecualian cukai sehingga RM3,000 setahun untuk caruman produk ini,”jelasnya.

Mohamad Salihuddin berkata, Great Eastern Takaful  juga sedang berbincang dengan institusi pengajian tinggi untuk bekerjasama dalam menyediakan peluang pendidikan mampu milik serta keutamaan kepada pemegang polisi mendapatkan tempat di pusat pengajian.

I-Great Iqra’ terbuka kepada anak berusia antara satu bulan hingga 17 tahun dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan atau lebih mengikut usia anak tersebut serta pilihan perlindungan.

Produk terbaharu ini juga, dijangka memberi sumbangan kepada perniagaan baharu sebanyak RM15 juta pada tahun ini. Ia mula dipasarkan pada 9 Februari lalu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk terbaru Great Eastern Takaful ini, iaitu i-Great Iqra’ , anda boleh hubungi saya, Humaizi 019-3726080

Great Eastern Takaful

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Takaful. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current month ye@r day *