Pelaksanaan Hibah Untuk Produk Great Eastern Takaful

Hibah

Assalamualaikum,

Dalam posting kali ini, saya ingin share tentang pelaksanaan Hibah dalam Takaful.  Produk Takaful Keluarga Great Eastern Takaful memberikan satu kelainan kepada pengguna dari segi pemberian manfaat selepas kematian di mana orang Islam boleh memilih 3 options, iaitu dengan membuat nomination untuk memberikan hibah 100% daripada Sum Covered, ataupun, hanya menamakan trustee (pemegang amanah) sahaja, ataupun meletakkan kedua-dua iaitu trustee dan penama.

Hibah secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan (‘iwad).

Hibah di dalam konsep takaful dikenali sebagai hibah bersyarat di mana hibah akan dilaksanakan apabila peserta takaful telah meninggal dunia. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian secara faraid dan penerima hibah akan mendapat manfaat sepenuhnya wang pampasan yang dihibahkan kepadanya.

 

 

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah mengenai kelebihan meletakkan nominee sekaligus memberikan hibah kepada nominess atas sum covered. Untuk pengetahuan, Hibah hanya boleh diberikan ke atas sum covered sahaja, manakala duit dari akaun peserta (simpanan dan pelaburan) perlu dibahagikan secara Faraid.

Kenapa? Sebab simpanan+pelaburan adalah duit kepunyaan peserta dan apabila berlaku kematian, ianya perlu dibahagikan secara Faraid, manakalah, manfaat dari sum covered adalah hasil tabarru’ dari peserta dan apabila kematian, ianya adalah milik orang yang dinamakan sebagai penerima Hibah atau sekiranya tiada, kepada trustee.

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah. Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan  hibah ini. Sabda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari)

Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan  hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.  Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya”. (riwayat Al-Nasa’i)

Sabda Baginda SAW lagi:  “Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya”. (riwayat Al-Nasa’i)

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful:

 

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah;

2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis  hibah yang digunakan ialah  hibah bersyarat di mana  hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.  Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa;

3.  Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana  hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (qabdh);

4. Peserta mempunyai hak membatalkan  hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang; dan 

5. Borang penamaan Takaful perlu diselaras dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.

 

Kepada Siapa Boleh Diberikan Hibah Untuk Produk GE Takaful?

Hibah  boleh diberi kepada sesiapa sahaja Termasuk orang bukan Islam. Sekiranya berlaku pertikaian kelak apabila kematian peserta, keluarga hanya layak untuk mendapat manfaat dari akaun simpanan + pelaburan peserta sahaja dan tidak dari manfaat sum covered kerana ianya telah diberikan hibah kepada penama.

 

Apa Keuntungan menggunakan system Hibah dalam Takaful?

Peserta boleh meletakkan nama Isteri sebagai nominee untuk menerima 100% dari sum covered tanpa akan ada pertikaian dari sanak saudara lain. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai hutang yang anda rasakan tidak tertanggung untuk dibayar semasa hidup, anda boleh membeli polisi takaful dari GE Takaful dan menamakan orang yang member hutang sebagai nominee untuk menerima hibah dari manfaat sum covered setelah ketiadaan anda.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :

”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.

Semoga kita semua membuat perancangan dari awal kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya ajal akan menjemput kita. Untuk mendatkan maklumat lanjut tentang pelaksaan hibah untuk produk Great Eastern Takaful, anda boleh hubungi saya, Humaizi di talian 0193726080

Hibah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...