Takaful dan Insurans Konsep Yang Sama Ke?

Takaful

Dalam mencari dan merancang kewangan keluarga ramai yang keliru keperluan takaful dalam kehidupan harian. Perlukah saya mengambilnya? atau tak perlu saya mengambilnya?…Saya juga seperti anda dahulunya… tetapi kini saya telah memahami dalam erti kata sebenar…

Mengapa perlu takaful? Apakah kebaikan takaful? Apa manfaat yang saya perolehi dengan memiliki takaful? bukankah takaful itu sama saja dengan insuran? dan pelbagai lagi persoalan yang mugkin menjadi antara persoalan yang sering bermain di minda teman-teman,

Sebenarnya pada hari ini masih ramai lagi orang yang tidak tahu dan faham apakah takaful, peranan serta kepentingannya dalam kehidupan seharian kita yang semakin mencabar kini. Manakan tidak kalau istilahnya juga sering bertukar antara “takaful” dan “tafakul” lucu juga mendengarnya tapi itulah hakikat sebenar betapa ceteknya sesetengah dari kita akan maksud di sebalik perkataan takaful itu.

Takaful adalah produk universal Islam yang merupakan salah satu Muamalah Islam. Takaful juga boleh disertai oleh org muslim dan bukan muslim. Selain daripada itu TIADA FAEDAH (BUNGA) dikenakan ke atas pengeluaran wang simpanan and keuntungan diagihkan mengikut nisbah dimana 80% kepada pemegang polisi dan 20% kepada pengendali takaful.

Apa perbezaan utama antara takaful dengan insurans?

Saya pernah mendengar seorang Consultant Senior berkata, Takaful hanya tukar nama sahaja, yang lain-lain semua sama sahaja dengan insurans konvensional. Perbezaan utama Insurans dan Takaful adalah pada kontraknya. Kontrak insurans adalah berteraskan jual-beli, manakala kontrak takaful pula adalah berteraskan kontrak derma. Daripada kontrak jual-beli insurans inilah yang melahirkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba, yang membawa kepada fatwa haram.

Alternatif kepada insurans adalah takaful, yang menggunakan kontrak derma untuk  mengelakkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba tadi. Tulisan ini bukanlah untuk menghuraikan secara ilmiah dan akademik berkenaan hukum hakam insurans dan takaful, kerana saya bukanlah pakarnya. Untuk mendapatkan maklumat secara ilmiah tentang perkara ini, boleh rujuk perkara ini di blog Ustaz Zaharuddin: http://www.zaharuddin.net/

Yang dimaksudkan dengan derma dan pakatan adalah untuk saling tolong menolong dan jamin-menjamin antara sesama ahli didalam satu kumpulan. “Demi diriku yang didalam kekuasaan Allah, bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlingumgan kepada jirannya yang terhimpit”

Adakah benar bahawasanya insurans dan takaful sebenarnya menggunakan sistem yang sama?

Betul, insurans yang ada hari ini berasal daripada Barat. Insurans yang pertama dipercayai wujud adalah insurans perkapalan. Ia berasal daripada Eropah pada zaman pedagang-pedagang Inggeris belayar menggunakan kapal. Kapal-kapal ini terdedah kepada pelbagai musibah seperti lanun, karam, ribut, tsunami dan lain-lain. Maka daripada situ, mereka berpakat dan timbullah istilah insurans dan dimodenkan sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Sistem takaful yang ada sekarang mengguna sistem pengiraan yang sama dengan apa yang ada di dalam insurans yang telah dimodenkan tersebut. “Jadi, betullah takaful ini berasal daripada insurans?”, ada pula yang berkata begitu. Oh, tidak semestinya begitu kesimpulannya. Dari segi sejarah Islam juga, sistem yang sama telah diguna pakai pada zaman dahulu oleh pedagang-pedagang Arab. Jika di Eropah, para pedagang menggunakan kapal, pedagang Arab turut menggunakan kapal. Bukan kapal laut, tetapi kapal padang pasir; unta!

Mereka juga terdedah kepada pelbagai musibah seperti perompak, ribut padang ipasir, dan sebagainya. Maka daripada situ, mereka berpakat untuk berkongsi risiko, dan timbullah istilah “takaful”. Cuma takaful yang diamalkan oleh mereka tidak melalui proses pemodenan sebagaimana proses pemodenan insurans tadi.

Justeru, apabila takaful yang ada hari ini diwujudkan, ia menggunakan sistem yang telah lama wujud di dalam sistem insurans. Sistem takaful akan menilai dan hanya menerima perkara-perkara yang dibenarkan syarak sahaja. Sebagai contoh sistem pengiraan premium dan sistem ejensi.

Adakah Kita Perlukan Takaful?

Dalam menjalani kehidupan seharian kita, sentiasa terdedah kepada kemungkinan ditimpa bencana atau malapetaka tanpa kita duga. Ada Pro dan kontra dalam kedua-dua keputusan anda… Tetapi pro nya lebih banyak jika anda mengambil takaful sebagai sebahagian dari perancangan kewangan anda. Di antara pro nya adalah :

1- Anda melindungi diri dengan yang pelan yang di akui oleh syariah.

2- Anda dapat buat perlindungan, simpanan dan pelaburan dalam satu masa berbanding simpanan sahaja di bank.

3- Jika anda mati…sekurang-sekurangnya anda telah meninggalkan wang untuk kegunaan ibu bapa anda, isteri anda dan anak-anak anda dengan wang yang halal dari segi syariah.

4- Jika anda lumpuh …sekurang-sekurang kos perubatan anda telah dilindungi dan anda tidak menyusahkan orang-orang yang terdekat dengan anda dalam bentuk kewangan dan anda meninggalkan sebahagian wang untuk menjaga anda, memberi makan minum anda dan menbiayai perubatan anda dengan wang yang halal dari segi syariah.

5- Jika Anda terkena salah satu penyakit kritikal contohnya jantung ( 1 dari 3 lelaki berumur 40 tahun ke atas kena penyakit jantung!), kanser (1 daripada 4 wanita di Malaysia kena penyakit kanser!)… Sekurang-kurangnya anda telah melindungi kos perubatan anda dengan wang daripada perlindung takaful anda yang halal dari segi syariah. dan kos-kos rawatan seperti kemoterapi, pembedahan susulan semuanya di bayar oleh syarikat takaful anda.

Peserta yang menyertai Takaful bukan sahaja akan menikmati ganjaran di dunia, tetapi juga pahala dan ganjaran di akhirat kerana bantu membantu antara peserta yang mengalami kemalangan, kerugian dan kecelekaaan.

Di dalam agama Islam, penekanan kepada konsep kerjesama ini adalah amat jelas sebagaimana mafhum sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud iaitu “Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain”.

Saya bersedia memberi khidmat rundingan percuma untuk anda dan keluarga bagi memilih pelan takaful terbaik yang memenuhi keperluan anda dan keluarga.

Terima kasih.

Humaizi
019-3726080
Unit Manager, Great Eastern Takaful

Takaful

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Takaful. Bookmark the permalink.

One Response to Takaful dan Insurans Konsep Yang Sama Ke?

  1. faizal says:

    takaful bermula dari zaman khalifah lagi sebernarnya.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current month ye@r day *