Kisah Burung

Burung

Burung adalah sejenis makhluk yang unik. Sebaik sahaja ia bertemu dengan pasangannya, ia akan bersama-sama sepanjang hayatnya. Selepas musim mengawan, ia akan mula bekerja sama membuat sarang.

burung

Ini adalah kisah tentang sepasang burung yang setia. Pernahkan anda melihat burung membuat sarang? Selepas memilih tempat yang sesuai, mereka mula bekerja tekun membina sarang. Setiap seekor terbang berulang-alik dengan membawa rumput yagn kering, daun kering dan sebagainya. Ia terbang beribu-ribu kali, berulang-alik berusaha keras menyiapkan sarangnya. Setelah sarang dibina, si ibu akan duduk untuk bertelur. Sebaik saja bertelur, si ibu akan mengeram telur tersebut sehingga ia menetas. Tugas burung yang jantan pula ialah menyediakan makanan untuk pasangannya dan juga mengawalnya daripada gangguan binatang yang lain.

Sebaik saja telurnya menetas, keadaan di sarang akan menjadi riuh rendah oleh kicauan anak-anaknya yang lapar. Ia memerlukan makanan.

Suatu pagi, si bapa sedang berusaha untuk menarik bangkai seekor ular di atas jalan raya, apabila secara tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah belakang lalu melanggar si bapa dan ia mati serta merta. Si ibu tidak tahan mendengar kicauan anak-anak, keluar mencari si bapa dan waktu yang sama juga berusaha untuk mencari makanan untuk anak-anaknya.

Akhirnya ia terserempak, si bapa terlantar di atas jalan raya. Ia berusaha mengalihkan bangkai si bapa ke tepi jalan. Ia cuba membangunkan si bapa tetapi sia-sia. Segala-galanya sudah terlambat. Ia merasa amat kecewa dan sedih. Dengan rasa yang penuh kehampaan, ia terbang kembali ke sarang untuk melihat anak-anaknya. Ia tidak berhati-hati. Di belakangnya seekor ular yang sedang bersedia untuk menyerang. Akhirnya ular tersebut dapat menelan si ibu.

Tinggallah si anak dalam keadaan yang lapar. Menangis dan menangis. Walaupun terdapat banyak burung-burung lain yang berterbangan di atas sarang mereka, tetapi tiada seekor pun yang datang untuk member makanan kepada mereka.

Adakah kita boleh salahkan burung-burung yang lain yang tidak menghiraukan mereka? Tidak. Kerana mereka juga mempunyai keluarga untuk dijaga dan diberi makan. Inilah hakikat sebenar yang berlaku kepada manusia sekarang. Ramai dari kalangan kita yang tidak akan mengambil tahu tentang anak-anak yatim yang berada di dalam kelaparan.  Sebagai seorang insan yang sayangkan keluarga terutamanya anak-anak kita, adalah sesuatu yang amat wajar sekali untuk kita beri perlindungan kepada mereka sewaktu ketiadaan kita nanti. Yang pastinya kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita.

 

Burung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current month ye@r day *