Kos Kehidupan Makin Tinggi

Salam,

Kerap kita mendengar orang mengeluh..kalau dulu bawa RM100 ke pasaraya..banyak barang boleh dibeli..tapi sekarang ni..dengan RM300 seminggu pun belum cukup lagi untuk barang keperluan satu minggu bagi family yang ada 2-3 orang anak.

Inlah satu perkara yang amat membimbangkan sekarang ini, iaitu kos kehidupan. Kehidupan di bandar kos, meningkat secara mendadak – kos perumahan, kereta, perubatan dan sebagainya yang tinggi menyebabkan ramai yang berhutang, lantas menghakis keupayaan warga kota untuk menabung.  Soal selidik Nielson mendapati 42% rakyat Malaysia menggunakan baki pendapatannya untuk menjelaskan hutang (termasuk kad kredit dan pinjaman).  Dengan kata lain, pendapatan yang boleh digunakan untuk menabung, kini digunakan untuk melangsaikan hutang.

Sehingga akhir tahun 2010, hutang keluarga negara kita telah mencecah paras RM581 bilion, bersamaan 80% nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP), negara kedua tertinggi di rantau Asia.

Hutang Kad Kredit Bertambah Ekoran Kos Hidup Meningkat

Antaranya, hutang kad kredit meningkat pada purata kadar 16.4% antara tahun 2000 hingga Ogos 2010, menjadi hutang yang bertambah paling mendadak, jauh di depan hutang perumahan dan kereta.  Sehingga September 2010, hutang kad kredit yang belum dilangsaikan telah mencecah paras baru, iaitu RM29 bilion.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kos perubatan yang mahal menjadi antara perkara yang amat membebankan dalam hutang kad kredit.  Menurut statistik AKPK, kos perubatan yang terlalu tinggi menjadi punca utama 26% penghutang gagal selesaikan hutang keluarganya.

Selain itu, program pengendalian hutang yang dijalankan AKPK mendapati 74.3% orang berdepan dengan hutang perumahan, kereta dan kad kredit.  Lebih penting, krisis hutang keluarga menunjukkan pola di mana golongan yang ditimpa masalah ini semakin muda usianya.  43.8% berada pada lingkungan usia 30 hingga 40 tahun, dan 15.5% berada pada lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Sebab itulah kita dapati warga kota mula mencari pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan yang kian mencabar. Dengan satu sumber pendapatan sahaja pastinya tidak mencukupi, selain daripada bekerja di siang hari, warga kota melibatkan diri dalam perniagaan atau kerja separuh masa.

Sebab itu kita dapati hidup hari ini kian mencabar, masa untuk diluang bersama keluarga kian kurang, dan hubungan dengan keluarga makin ada jurang. Masalah ini sudah tampak berlaku sekarang ini, apabila anak-anak di sekolah tidak menghiraukan nasihat guru-guru serta kecenderungan untuk mereka melakukan salah laku.

Apa pendapat anda tentang masalah ini? Agak rumit kan? siapa yang patut memainkan peranan penting? Kerajaan, keluarga, serta masyarakat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...