Seronoknya Berhutang….Hutang Baik..Hutang Buruk

Seronoknya Berhutang….Selamilah Hakikat Sebenar Hutang

Hutang adalah wang yang anda pinjam, ia adalah jumlah wang atau harta lain yang kena dibayar oleh seorang organisasi, atau syarikat. Cara berhutang sangat mudah dan mungkin ia menyeronokkan bagi sesetengah orang kerana ia boleh menarik perhatian mereka. Pada pertama kali, seseorang itu mungkin gembira, kerana mereka boleh membeli tanpa wang tunai, dan mereka mampu untuk mendapatkan sebuah kereta walaupun tanpa tidak mempunyai bajet tetapi mereka mungkin sedar atau tidak sedar, mereka akan hidup dan memandu kereta ini selama 7-9 tahun untuk membuat pembayaran!

Anda pernah mendengar tentang kolesterol? Seperti juga kolesterol, di mana terdapat kolesterol yang baik dan buruk, hutang juga datang dalam dua versi. Hutang baik dan buruk. Hutang boleh membuat hidup anda lebih mudah atau merosakkan hidup anda. Walau bagaimanapun buruk hutang itu, ada penyelesaian. Orang dan usahawan yang bijak tahu bagaimana untuk menangani hutang dan bagaimana untuk menguruskan kredit mereka boleh mengambil ‘kesempatan’ ke atas hutang.  Manakala sesetengah orang khususnya golongan muda yang tidak mempunyai pengetahuan yang besar dalam pengurusan hutang dan dan juga ilmu tentang rancangan pengurangan hutang akan sentiasa dalam kesusahan.

Hutang sebenarnya boleh diklasifikasikan sebagai hutang sementara atau kronik.

Dalam kebanyakan kes, terdapat sebab-sebab yang sangat baik untuk berhutang. Sebagai contoh, pelajar mengambil pinjaman adalah satu perkara yang baik tetapi pelajar mesti tahu bagaimana untuk menangani dan membayar hutang beliau selepas ‘graduate’ atau tamat pengajian.

Begitu juga dengan mengambil hutang untuk memulakan perniagaan adalah sesuatu yang baik tetapi ia bergantung kepada persediaan anda dalam membina struktur perniagaan tersebut. Anda mesti mempunyai pelan yang jelas, dan tahu berapa banyak wang yang anda perlukan dan yang paling penting, bagaimana untuk membayar balik. Dalam kes sedemikian, hutang adalah sebahagian daripada kejayaan perniagaan.

Jika anda mampu untuk membayar wang tunai dan menghadkan risiko mengambil hutang, lakukannya! Jangan teragak-agak untuk membayar secara tunai apabila anda mempunyai duit.

Masalahnya ialah apabila anda meminjam wang tetapi tidak menggunakannya dengan produktif. Dengan lebih jelas, hutang yang baik adalah apabila anda melabur dan bukan semata-mata membelanjakannya. Mengambil hutang semata-mata untuk membelanjakannya adalah satu perkara yang buruk. Hutang mesti di bawah kawalan. Anda harus bijak untuk merangka strategi bagaimana untuk membayar balik hutang anda. Buat pelan, terutama pengurangan pelan yang drastic! Buat tindakan anda sekarang juga.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...